Kluster III: Sosial
Bab 4: Meningkatkan Pertahanan,
Keselamatan, Kesejahteraan
dan Perpaduan
S1. Apakah strategi yang akan dilaksanakan untuk memastikan keselamatan dan kedaulatan negara?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Strategi adalah:
- Memelihara kedaulatan negara, termasuk menguruskan ancaman daripada pendatang asing tanpa izin dan aktiviti yang menyalahi undang-undang di sempadan
- Meningkatkan usaha pencegahan jenayah, rehabilitasi dan kesiapsiagaan menghadapi kecemasan serta menjaga kebajikan anggota
- Memperkukuh tadbir urus keselamatan
S2. Bagaimanakah penjagaan kesihatan bertambah baik dalam RMKe-11?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Perkhidmatan penjagaan kesihatan bertambah baik seperti ditunjukkan oleh:
- Jangka hayat ketika lahir meningkat daripada 74.1 pada tahun 2010 kepada 74.7 pada tahun 2019, lebih baik daripada sasaran purata global oleh bank dunia, iaitu 73.4 tahun
- Nisbah doktor kepada penduduk bertambah baik daripada 1:859 pada tahun 2010 kepada 1:482 pada tahun 2019
- Nisbah katil hospital bagi setiap 1,000 penduduk juga telah meningkat daripada 1.79 pada tahun 2010 kepada 1.95 pada tahun 2019
S3. Apakah isu dan cabaran dalam menambah baik perkhidmatan penjagaan kesihatan?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Antara isu dan cabaran adalah:
- Perubahan profil demografi
- Peningkatan prevalens penyakit berjangkit dan tidak berjangkit
- Prevalens malnutrisi
- Ketidakcukupan fasiliti dan ketidakpadanan sumber merentas pelbagai peringkat perkhidmatan
- Pembiayaan penjagaan yang tidak mampan
S4. Apakah strategi yang digariskan bagi penjagaan kesihatan?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Strategi adalah:
- Memperkemas perkhidmatan penjagaan kesihatan
- Memperkukuh pembiayaan kesihatan dan kesedaran awam
- Memanfaatkan teknologi dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan
S5. Apakah strategi dalam menangani kekurangan perumahan mampu milik?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Antara strategi adalah:
- Membina lebih banyak rumah mampu milik untuk kumpulan sasar terpilih
- Menambah baik skim pembiayaan perumahan sedia ada
- Memperluas program Sewa-Beli
- Memanfaatkan tanah yang dimiliki oleh Kerajaan untuk rumah mampu milik
- Merangka garis panduan pembangunan semula perumahan
S6. Apakah langkah bagi menggalakkan sukan untuk kehidupan aktif dan sihat?
Last updated : 30 Sep 2021
Last updated : 30 Sep 2021
- Langkah yang akan dilaksanakan adalah:
- Meningkatkan akses kepada kemudahan sukan
- Menaik taraf kemudahan sukan awam sedia ada
- Memperkukuh badan sukan berasaskan komuniti
- Menyediakan kemudahan khusus untuk memenuhi keperluan kumpulan sasar
- Membudayakan sukan dalam kalangan kanak-kanak dan belia
S7. Bagaimana untuk memperkukuh perpaduan dalam kalangan rakyat?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Antara inisiatif adalah:
- Menggalakkan interaksi sosial dengan menambah baik dan memperluas program perpaduan, kebudayaan dan sukan
- Memperluas program advokasi dalam menggalakkan keharmonian antara penganut agama
- Mempergiat penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan rakyat
- Meningkatkan kempen kesedaran untuk memperkukuh pemahaman dan penghayatan terhadap Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara
- Memperluas program kesukarelawanan, terutama dalam kalangan belia
- Memperluas program advokasi mengenai penggunaan media digital yang beretika dan bertanggungjawab
S8. Bagaimana untuk memantapkan keselamatan dan perpaduan dalam memastikan negara kekal aman dan harmoni?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Antara inisiatif adalah:
- Memperkukuh keselamatan dan pertahanan siber negara
- Memperkenalkan dasar baharu untuk industri pertahanan dan keselamatan
- Memperluas penggunaan teknologi termaju dalam membanteras jenayah
- Menggalakkan interaksi sosial menerusi program sukan, perpaduan dan keagamaan
- Memperkukuh patriotisme dan kesukarelawanan
S9. Bagaimana untuk memperkukuh sistem penjagaan kesihatan?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Sistem penjagaan kesihatan akan diperkukuh dengan:
- Menerima guna pendekatan keseluruhan negara dalam menangani krisis kesihatan
- Memperkukuh kerjasama antara kalangan sektor awam dan swasta serta pertubuhan masyarakat sivil
- Memperkenalkan model pembiayaan kesihatan yang lebih mampan
- Memanfaat teknologi baru muncul
Bab 5: Menangani Kemiskinan
dan Membangunkan
Masyarakat Inklusif
S1. Apakah yang dimaksudkan dengan Keluarga Malaysia?
Last updated : 04 Oct 2021
Last updated : 04 Oct 2021
- Keluarga Malaysia merupakan pendekatan yang bersifat inklusif merentasi sempadan agama, bangsa, dan kaum dan merangkumi nilai-nilai kekeluargaan yang mengikat rakyat Malaysia.
- Pendekatan ini diambil untuk menggambarkan keutuhan hubungan sesama rakyat negara yang terikat dengan nilai didikan sempurna dalam sesebuah keluarga.
S2. Apakah bidang keutamaan dalam menangani kemiskinan dan membangunkan masyarakat inklusif?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Bidang keutamaan adalah:
- Menangani kemiskinan dengan menerima guna perspektif pelbagai dimensi
- Memperkasa B40
- Memberi sokongan kepada M40 bagi mewujudkan masyarakat yang saksama
- Mencapai kesaksamaan keberhasilan Bumiputera
- Meningkatkan pembangunan masyarakat Orang Asli
- Memperkasa kumpulan sasar khusus
S3. Apakah yang dimaksudkan dengan isi rumah miskin di Malaysia?
Last updated : 04 Oct 2021
Last updated : 04 Oct 2021
- Berdasarkan kepada Survei Pendapatan & Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019, isi rumah miskin merujuk kepada:
- Miskin tegar merujuk kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) makanan, iaitu RM1,169
- Miskin mutlak merujuk kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada PGK mutlak, iaitu RM2,208
- Miskin relatif merujuk kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada separuh pendapatan penengah negara, iaitu RM 2,937
- Isi rumah mudah terjejas merujuk kepada isi rumah berpendapatan antara PGK mutlak, iaitu RM2,208 dan 2.5 kali PGK mutlak, iaitu RM5,520
S4. Siapakah B40, M40 dan T20?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Berdasarkan kepada Survei Pendapatan & Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019, isi rumah dibahagikan kepada tiga kategori pendapatan utama pada peringkat nasional seperti berikut:
- B40 merujuk kepada isi rumah berpendapatan 40% terendah dengan pendapatan bulanan di bawah RM4,850
- M40 merujuk kepada isi rumah berpendapatan 40% pertengahan dengan pendapatan bulanan antara RM4,850 dan RM10,959
- T20 merujuk kepada isi rumah berpendapatan 20% tertinggi dengan pendapatan bulanan RM10,960 dan ke atas
S5. Siapakah kumpulan sasar khusus dalam konteks pembangunan masyarakat inklusif?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Kumpulan sasar khusus adalah:
- Kanak-kanak
- Belia
- Wanita
- Warga emas
- Orang kurang upaya
- Institusi keluarga
S6. Bagaimanakah kemiskinan isi rumah diukur?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Insiden kemiskinan isi rumah di Malaysia diukur berdasarkan tiga kaedah iaitu:
- Kemiskinan mutlak yang merujuk kepada isi rumah berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan
- Kemiskinan relatif yang merujuk kepada isi rumah berpendapatan di bawah separuh daripada pendapatan penengah
- Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi yang merujuk kepada pengukuran kemiskinan dalam konteks yang lebih luas, melibatkan aspek pendapatan dan bukan kewangan merangkumi kesihatan, pendidikan dan kemudahan asas
S7. Apakah itu Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)?
Last updated : 20 Oct 2021
Last updated : 20 Oct 2021
- PGK merujuk kepada jumlah pendapatan bulanan isi rumah yang diperlukan untuk memenuhi keperluan minimum makanan bernutrisi dan bukan makanan bagi membolehkan setiap ahli isi rumah menjalani kehidupan yang sihat dan aktif.
- Pengiraan PGK mengambil kira ciri-ciri demografi isi rumah, seperti saiz, umur dan jantina setiap ahli serta lokasi iaitu negeri, bandar atau luar bandar.
- PGK makanan dan bukan makanan pada peringkat nasional adalah sebanyak RM2,141 pada tahun 2016 (PGK 2016 disemak semula berdasarkan metodologi 2019) berbanding RM2,208 pada tahun 2019.
Q8. Apakah Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (MPI)?
Last updated : 05 Oct 2021
Last updated : 05 Oct 2021
- MPI mengukur kemiskinan berdasarkan empat dimensi iaitu pendapatan, pendidikan, kesihatan dan taraf hidup merangkumi 11 indikator seperti berikut:
- Jumlah tahun persekolahan
- Kehadiran ke sekolah
- Akses kepada fasiliti penjagaan kesihatan
- Akses kepada bekalan air bersih
- Keadaan tempat kediaman
- Kepadatan bilik
- Kemudahan tandas
- Akses kepada kemudahan kutipan sampah
- Kemudahan pengangkutan
- Akses kepada peralatan komunikasi asas
- Pendapatan bulanan kasar isi rumah
- Nilai MPI adalah di antara 0 dan 1 yang mana nilai MPI yang semakin meningkat menunjukkan tahap ketersisihan pelbagai dimensi yang semakin tinggi.
- MPI pada peringkat nasional semakin bertambah baik daripada 0.01523 mata pada tahun 2016 kepada 0.0110 mata pada tahun 2019.
S9. Mengapakah pembasmian kemiskinan tegar adalah penting?
Last updated : 05 Oct 2021
Last updated : 05 Oct 2021
- Bagi mencapai insiden kemiskinan tegar sifar pada tahun 2025.
- Bagi memastikan taraf kehidupan yang lebih wajar untuk rakyat tanpa mengira jantina, etnik dan lokasi.
- Bagi mengurangkan ketidaksamarataan dalam kalangan rakyat.
S10. Bagaimanakah kemiskinan tegar dapat dibasmi?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Antara inisiatif adalah:
- Menubuhkan unit kemiskinan khusus pada peringkat Persekutuan dan daerah.
- Merangka dasar kemiskinan berdasarkan pendekatan berpandukan data
- Mewujudkan pangkalan data kemiskinan yang bersepadu dan berpusat
- Mempertingkat program pendekatan dari bawah ke atas
- Melaksanakan penyelesaian kemiskinan pada peringkat akar umbi
- Meneroka mekanisme pembiayaan baharu
S11. Mengapakah agenda pembangunan sosioekonomi Bumiputera masih menjadi fokus utama Kerajaan?
Last updated : 28 Sep 2021
Last updated : 28 Sep 2021
- Selaras dengan agenda nasional untuk mencapai pembangunan sosioekonomi yang adil, saksama dan inklusif.
-
Untuk menangani isu jurang ekonomi yang membelenggu rakyat.
- Bumiputera berada pada kedudukan tercorot daripada aspek pemilikan kekayaan dan pendapatan serta paling terkesan dengan kewujudan jurang ekonomi.
S12. Apakah isu utama dalam menambah baik status sosioekonomi komuniti Bumiputera?
Last updated : 01 Oct 2021
Last updated : 01 Oct 2021
- Isu utama adalah:
- Agihan pendapatan yang tidak saksama serta insiden kemiskinan dan kadar pengangguran yang tinggi
- Tenaga kerja tertumpu dalam pekerjaan berkemahiran rendah.
- Sebahagian besar Bumiputera terlibat dalam perniagaan bersaiz mikro dan bernilai ditambah yang rendah serta banyak bergantung kepada bantuan Kerajaan
- Pemilikan hartanah yang bernilai rendah
- Pembangunan Tanah Rizab Melayu (TRM) dan tanah wakaf yang terhad serta kesedaran yang masih rendah mengenai potensi instrumen wakaf
- Pemilikan ekuiti sektor korporat dengan kawalan berkesan yang masih rendah
S13. Apakah strategi dalam mencapai kesaksamaan keberhasilan Bumiputera?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Antara strategi adalah :
- Mempercepat pembangunan sosioekonomi Bumiputera
- Menambah baik tadbir urus dan memperkukuh penyampaian perkhidmatan
- Memperkukuh pendidikan dan memperkasa modal insan
- Meningkatkan daya tahan dan kemampanan perniagaan Bumiputera
- Meningkatkan penciptaan kekayaan Bumiputera
- Memanfaatkan sepenuhnya Tanah Rizab Melayu dan instrumen wakaf
- Memastikan pemilikan ekuiti korporat yang mampan
S14. Bagaimana peranan pihak swasta dapat digembleng untuk memacu pertumbuhan sosioekonomi Bumiputera?
Last updated : 28 Sep 2021
Last updated : 28 Sep 2021
- Peranan pihak swasta akan terus digembleng melalui kerjasama strategik berterusan dengan pihak Kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan Kerajaan, meningkatkan kecekapan dan daya pengeluaran serta mempercepatkan pertumbuhan ekonomi.
- Penglibatan aktif pihak swasta juga diharap dapat menjana semula ekonomi negara melalui kesan pengganda. Kesan pengganda termasuk daripada projek infrastruktur, menyediakan peluang pekerjaan serta melahirkan tenaga kerja profesional.
- Penglibatan aktif pihak swasta berupaya untuk merancakkan pasaran modal negara melalui pelaburan sektor swasta dalam projek-projek Kerajaan.
S15. Mengapakah sasaran untuk mencapai sekurang-kurangnya 30% pemilikan ekuiti sektor korporat Bumiputera masih relevan?
Last updated : 05 Oct 2021
Last updated : 05 Oct 2021
- Pemilikan ekuiti (modal saham) dalam sektor korporat merupakan salah satu petunjuk utama yang digunakan dalam mengukur pencapaian kumpulan etnik dalam ekonomi, termasuk Bumiputera. Sasaran pemilikan ekuiti sektor korporat Bumiputera adalah sekurang-kurangnya 30% seperti yang dinyatakan dalam Dasar Ekonomi Baru, 1971.
- Berdasarkan data terkini yang diumumkan pada tahun 2019, pemilikan ekuiti sektor korporat Bumiputera adalah 17.2%, bukan Bumiputera 25%, asing 45.5% dan nomini 12.3%. Pencapaian ini tidak setara dengan peratus komposisi dalam jumlah penduduk warganegara pada tahun 2019 iaitu 69.3% adalah Bumiputera, 22.8% Cina, 6.9% India dan lain-lain 1%. Penetapan sasaran ini masih lagi relevan memandangkan sasaran pemilikan ekuiti sektor korporat Bumiputera sekurang-kurangnya 30% masih belum dapat dicapai.
S16. Apakah strategi dalam memperkukuh pembangunan Tanah Rizab Melayu (TRM) dan instrumen wakaf bagi meningkatkan pembangunan sosioekonomi masyarakat Bumiputera?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Antara strategi adalah:
- Menubuhkan sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh wakil Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk menyediakan hala tuju yang menyeluruh berkaitan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan pembangunan tanah wakaf
- Menggubal pelan induk bersepadu mengenai pembangunan TRM, tanah wakaf dan instrumen wakaf
- Memperluas peranan dan skop Jawatankuasa Pemandu Pengurusan Data Tanah Rizab Melayu Semenanjung Malaysia
- Mengembangkan konsep wakaf sebagai instrumen pembangunan sosioekonomi yang lebih meluas
- Mewujudkan dana wakaf pada peringkat Persekutuan bagi menggembleng sumber daripada orang perseorangan dan badan korporat untuk membiayai aktiviti sosioekonomi
S17. Apakah isu berkaitan dengan perkahwinan bawah umur?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Antara isu adalah:
- Sumber pendapatan yang rendah
- Kekurangan akses kepada pendidikan kesihatan seksual dan reproduktif
- Ketidakseragaman undang-undang mengenai perkahwinan kanak-kanak di bawah 18 tahun
S18. Apakah Pelan Strategi Kebangsaan bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Pelan Strategi Kebangsaan bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur: telah diperkenalkan pada 16 Januari 2020.
-
Pelan ini selari dengan objektif Dasar Kanak-kanak Negara, Dasar Perlindungan Kanak-kanak Kebangsaan, Akta Kanak-Kanak 2001 dan Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak.
- Ia mengandungi program dan pelan tindakan yang merangkumi perundangan, keibubapaan, sistem sokongan sosial, pendidikan, kesihatan dan kesedaran masyarakat.
S19. Adakah COVID-19 memberi kesan kepada kadar kemiskinan negara?
Last updated : 20 Oct 2021
Last updated : 20 Oct 2021
- Ya. Pandemik COVID-19 telah meningkatkan kadar kemiskinan negara. Berdasarkan Laporan Anggaran Pendapatan Isi Rumah dan Insiden Kemiskinan 2020, kadar kemiskinan meningkat daripada 5.6% atau 405,411 isi rumah pada tahun 2019 kepada 8.4% atau sekitar 639,800 isi rumah pada tahun 2020.
S20. Berapakah jumlah isi rumah M40 yang beralih kepada kumpulan had pendapatan B40 berikutan pandemik COVID-19?
Last updated : 20 Oct 2021
Last updated : 20 Oct 2021
- Berdasarkan Laporan Anggaran Pendapatan Isi Rumah dan Insiden Kemiskinan 2020, sekitar 20% atau 600,000 isi rumah M40 beralih kepada kumpulan had pendapatan B40.
S21. Adakah cadangan penjualan saham dan syarikat Bumiputera yang ditawarkan oleh agensi mandat Bumiputera kepada konsortium atau syarikat Bumiputera merupakan satu sekatan?
Last updated : 20 Oct 2021
Last updated : 20 Oct 2021
- Cadangan inisiatif penjualan saham dan syarikat milik agensi mandat Bumiputera, di bawah kerangka jaringan keselamatan ekuiti, yang ditawarkan kepada individu atau entiti Bumiputera yang berkelayakan bukan merupakan satu sekatan.
-
Inisiatif ini memberi peluang kepada lebih banyak konsortium dan syarikat serta lebih ramai individu Bumiputera untuk memiliki saham dan syarikat yang dilupuskan oleh agensi mandat Bumiputera.
-
Usaha ini adalah bagi memastikan pemilikan yang ada akan kekal dalam pegangan Bumiputera dan tidak terhakis.
- Cadangan ini tidak akan mengambil hak kepentingan kaum lain.
S22. Apakah agensi mandat Bumiputera?
Last updated : 20 Oct 2021
Last updated : 20 Oct 2021
- Agensi mandat Bumiputera ini terdiri daripada::
- Institusi kepentingan Bumiputera, iaitu Permodalan Nasional Berhad, Lembaga Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Koperasi Polis Diraja Malaysia
- Agensi amanah Bumiputera termasuk MARA, EKUINAS dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri
S23. Apakah peranan pengawal selia sektor dalam pelupusan pemilikan saham dan syarikat oleh syarikat Bumiputera?
Last updated : 20 Oct 2021
Last updated : 20 Oct 2021
- Pengawal selia sektor berperanan untuk mengawal selia dan menetapkan syarat ekuiti bagi sektor strategik mengikut keperluan sektor berkaitan susulan pemansuhan Jawatankuasa Pelaburan Asing.
- Pengawal selia sektor ini disokong oleh perundangan dan peraturan di bawah kementerian dan agensi berkaitan bagi meningkatkan penyertaan dan pegangan kepentingan Bumiputera seperti pengeluaran lesen dan permit serta pemberian kontrak.
Bab 6: Mempertingkat
Keseimbangan dan
Keterangkuman Wilayah
S1. Apakah yang menyebabkan pembangunan wilayah tidak seimbang?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Pembangunan wilayah tidak seimbang disebabkan oleh:
- Kekurangan perancangan ekonomi dan spatial yang khusus di wilayah
- Tumpuan yang berlebihan kepada aktiviti ekonomi yang mempunyai nilai ditambah yang rendah
- Ekosistem sokongan yang tidak mencukupi
- Kurang tumpuan dalam perancangan pembangunan spatial di setiap wilayah dan gagal mengenal pasti aktiviti ekonomi utama yang berpotensi
- Kurang kerjasama antara wilayah dan negeri
- Persaingan yang tidak sihat antara wilayah dalam menarik pelaburan dan mendapatkan sumber
S2. Bagaimanakah potensi ekonomi wilayah akan dimanfaatkan bagi menangani ketidakseimbangan antara dan dalam wilayah?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Inisiatif adalah:
- Membangunkan nod pertumbuhan utama dan kawasan titik tumpuan di setiap wilayah sebagai hab aktiviti ekonomi
- Meningkatkan aktiviti ekonomi terpilih di hab ini berdasarkan kekuatan, potensi dan sumber sedia ada
- Melaksanakan program pembangunan strategik pada peringkat wilayah dan negeri melalui inisiatif yang dipacu oleh kerajaan negeri dan projek yang diterajui oleh sektor swasta
- Menggalakkan pemain industri, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di nod pertumbuhan utama dan kawasan titik tumpuan untuk meningkatkan rantaian nilai dan menceburi aktiviti yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi
- Menggalakkan industri untuk melaksana inisiatif pertumbuhan hijau dengan menerima guna teknologi hijau dan amalan terbaik
S3. Apakah langkah untuk menarik pelaburan berkualiti di wilayah yang kurang membangun?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Langkah yang akan dilaksanakan adalah:
- Memperkukuh ekosistem bagi mewujudkan persekitaran pelaburan yang kondusif
- Menambah baik pakej insentif untuk menarik lebih banyak pelaburan berkualiti
- Menggalakkan industri menjalankan penyelidikan berdasarkan keperluan spesifik industri dan komuniti
- Mengenalpasti syarikat peneraju untuk membantu PMKS
S4. Apakah inisiatif untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan daya saing di wilayah?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Inisiatif adalah:
- Menambah baik ketersambungan dan mobiliti melalui rangkaian pengangkutan bersepadu bagi perhubungan melalui darat, udara dan laut
- Mempertingkat penyediaan infrastruktur dan perkhidmatan asas termasuk liputan bekalan air, elektrik dan jalur lebar
- Mempergiat pembangunan bakat bagi mengurangkan ketidakpadanan kemahiran untuk memenuhi permintaan industri
- Meningkatkan pembangunan keusahawanan
- Menggalakkan PMKS untuk meningkatkan penyertaan dalam rangkaian pengeluaran yang lebih luas melibatkan firma besar dan syarikat multinasional
S5. Apakah yang dimaksudkan dengan Sustainable Urban Development Framework (SUDF)?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- SUDF merujuk kepada pembangunan menyeluruh dan kerangka pemantauan, termasuk pelan tindakan, skop, kaedah pelaksanaan dan impak.
- SUDF akan memberi panduan bagi pembangunan jaringan bandar hijau selaras dengan kepentingan tempatan, negeri, nasional, serantau serta antarabangsa. Kerangka ini telah dilancarkan oleh pemimpin negara anggota IMT-GT semasa Sidang Kemuncak IMT-GT Ke-12 pada 23 Jun 2019 di Bangkok, Thailand.
S6. Apakah isu utama dalam pembangunan bandar?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Antara isu utama adalah:
- Perancangan yang kurang berkesan
- Kepadatan ekonomi yang rendah
- Kemerosotan alam sekitar
- Persekitaran bandar yang kurang kondusif
S7. Apakah inisiatif untuk memperkukuh pembangunan bandar?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Inisiatif adalah:
- Menambah baik perancangan bandar
- Mempertingkat aglomerasi dan ekosistem
- Memperkukuh daya tahan bandar
- Mempertingkat kecekapan tenaga
- Meningkatkan daya huni dan keterangkuman
S8. Apakah usaha untuk membangunkan bandar hijau dan berdaya tahan?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Antara usaha yang akan diambil adalah:
- Menguatkuasakan pengasingan sisa di punca dan mempergiat inisiatif 3R
- Menambah baik kemudahan bagi pengasingan sisa dan kitar semula
- Menggalakkan pihak berkuasa tempatan untuk menerima guna Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia, Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon dan Garis Panduan Perancangan Bandar Berdaya Tahan Bencana
- Menggalakkan penerimagunaan pendekatan mobiliti hijau
- Memperluas kawasan hijau dan biru untuk menambah baik iklim mikro dan biodiversiti
S9. Mengapakah pembangunan luar bandar ketinggalan?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Pembangunan kawasan luar bandar masih ketinggalan berbanding bandar berikutan:
- Infrastruktur, perkhidmatan dan kemudahan asas yang tidak mencukupi
- Ketersambungan dengan bandar yang terhad
- Aktiviti ekonomi yang mempunyai nilai ditambah yang rendah
- Penyelarasan antara agensi yang lemah
S10. Apakah sasaran bagi pembangunan kawasan luar bandar?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Sasaran adalah:
- Membina dan menaik taraf 2,800 kilometer jalan berturap
- Memperluas liputan bekalan air untuk mencapai 98% daripada isi rumah luar bandar
- Mencapai 99% liputan bekalan elektrik luar bandar
- Mengurangkan ketidaksamaan pendapatan isi rumah antara luar bandar dan bandar kepada nisbah 0.67:1 pada tahun 2025
S11. Apakah enam negeri kurang membangun?
Last updated : 28 Sep 2021
Last updated : 28 Sep 2021
- Enam negeri kurang membangun adalah Kedah, Kelantan, Perlis, Sabah, Sarawak dan Terengganu.
S12. Bandar manakah yang dipilih bagi peluasan Pelan Tindakan Bandar Hijau (GCAP) di bawah Sustainable Urban Development Framework?
Last updated : 01 Oct 2021
Last updated : 01 Oct 2021
- GCAP akan diperluas kepada 14 bandar iaitu Kangar, Langkawi, Kulim, Taiping, Kuala Kangsar, Ipoh, Manjung, Teluk Intan, Kota Bharu, Seremban, Labuan, Kuching, Pulau Pinang dan Seberang Perai.
S13. Apakah manfaat utama daripada mempercepat pembangunan bagi enam negeri kurang membangun?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Manfaat utama adalah:
- Pertumbuhan KDNK yang lebih pesat
- Ketersambungan yang lebih baik
- Nisbah pendapatan luar bandar kepada bandar yang lebih baik
- Insiden kemiskinan yang lebih rendah
Bab 7: Memperkukuh Pembangunan
Sosioekonomi di Sabah dan
Sarawak
S1. Apakah status pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak?
Last updated : 28 Sep 2021
Last updated : 28 Sep 2021
- Sehingga tahun 2020, kemajuan 15 pakej kerja projek Pan Borneo Sabah yang telah diluluskan telah mencapai 44% dan dijangka siap pada tahun 2024.
- Kemajuan kerja Pan Borneo Sarawak sehingga akhir tahun 2020 adalah 59.4% dan projek ini dijangka siap pada tahun 2022.
S2. Berapakah liputan akses bekalan air bersih dan selamat di luar bandar bagi Sabah dan Sarawak dan berapakah dalam RMKe-12?
Last updated : 28 Sep 2021
Last updated : 28 Sep 2021
- Liputan akses bekalan air bersih dan selamat di luar bandar bagi Sabah telah meningkat kepada 93.9% pada tahun 2020, manakala Sarawak sebanyak 95.4%.
- Sasaran dalam RMKe-12 adalah untuk mencapai 98% di kedua negeri.
S3. Apakah usaha untuk menambah baik perkhidmatan udara di Sabah dan Sarawak?
Last updated : 01 Oct 2021
Last updated : 01 Oct 2021
- Kerja naik taraf Lapangan Terbang Mukah telah siap pada tahun 2021 bagi meningkatkan ketersambungan dan menjadi pemangkin pembangunan di Mukah.
- Lapangan Terbang Sandakan sedang menjalani kerja pemanjangan landasan bagi membolehkan pesawat yang lebih besar mendarat tanpa sekatan berat dan dijangka siap pada penghujung tahun 2021.
S4. Apakah strategi dalam meningkatkan ketersambungan di Sabah dan Sarawak?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Antara strategi adalah:
- Menyemak semula dan merasionalisasi laluan sedia ada dan memperkenalkan laluan baharu
- Menambah baik infrastruktur sedia ada serta ketersambungan batuan akhir
- Meningkatkan kapasiti pelabuhan, lapangan terbang dan penyedia perkhidmatan
S5. Apakah cabaran yang dihadapi dalam membina dan menaik taraf jalan raya di Sabah dan Sarawak?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Antara cabaran adalah:
- Kepadatan penduduk yang rendah
- Keadaan muka bumi yang mencabar
- Kesukaran akses ke tapak projek
S6. Apakah strategi untuk memperluas liputan jalur lebar di Sabah dan Sarawak?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Strategi adalah:
- Menyediakan infrastruktur digital baharu di 382 lokasi di Sabah dan 636 di Sarawak
- Menambah baik ketersambungan jalur lebar di kawasan luar bandar dengan penyediaan 781 points of presence (PoP) kepada sekolah di Sabah dan 643 di Sarawak
S7. Bagaimana untuk menggalakkan pendigitalan dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Sabah dan Sarawak?
Last updated : 28 Sep 2021
Last updated : 28 Sep 2021
- PMKS akan digalakkan untuk menerima guna teknologi digital dalam pengeluaran dan perkhidmatan perniagaan.
-
Program latihan, bimbingan dan kesedaran akan dilaksana bagi meningkatkan kesediaan PMKS untuk menguasai pendigitalan bagi membolehkan syarikat-syarikat ini bersaing di pasaran.
- Pusat setempat dengan ketersambungan ke seluruh negara akan diwujudkan untuk membantu PMKS tempatan mendapat akses lebih baik kepada pembiayaan dan khidmat nasihat.
S8. Apakah inisiatif utama bagi menambah baik sektor pertanian di Sabah dan Sarawak?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Inisiatif utama adalah:
- Menggalakkan penggunaan aplikasi digital dalam amalan pengurusan ladang dan perikanan, pengeluaran dan pemasaran
- Mengguna pakai kaedah pertanian pintar dan teknologi pertanian tepat dengan skala yang lebih meluas
- Mempergiat penyelidikan melalui kerjasama institusi penyelidikan tempatan dan antarabangsa
- Melaksanakan penyelidikan terhadap pembangunan jenis benih tanaman, baka ternakan dan perikanan, kaedah penanaman serta produk eksport terpilih
- Menyemak semula kurikulum dan modul latihan berkaitan pertanian
- Menyediakan dana pertanian pintar yang khusus
- Menggalakkan penerimagunaan amalan pertanian baik termasuk pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP), Organik Malaysia (MyOrganic) dan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO)
S9. Apakah inisiatif untuk memudahkan akses pasaran bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Sabah dan Sarawak?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Inisiatif utama adalah:
- Mewujudkan pusat pengumpulan dan pengagihan terutama di kawasan terpencil di Sabah dan Sarawak
- Meningkatkan kesediaan PMKS untuk menguasai pendigitalan
S10. Apakah sasaran utama bagi pembangunan luar bandar di Sabah dan Sarawak?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Sasaran utama bagi setiap negeri adalah:
- Membina dan menaik taraf 700 kilometer jalan berturap
- Memperluas liputan akses kepada bekalan air bersih dan selamat untuk mencapai 98% daripada isi rumah luar bandar
- Meningkatkan liputan bekalan elektrik luar bandar kepada 99%
S11. Apakah inisiatif bagi pembangunan bandar di Sabah dan Sarawak?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Inisiatif adalah:
- Meningkatkan potensi pembangunan bandar
- Meningkatkan perkhidmatan perbandaran
- Mempercepat pelaksanaan Pelan Tindakan Bandar Hijau bagi meningkatkan daya huni
S12. Bagaimanakah pertumbuhan hijau dapat dipercepatkan di Sabah dan Sarawak?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Pertumbuhan hijau boleh dipercepatkan dengan:
- Melaksanakan inisiatif perolehan hijau kerajaan pada peringkat negeri dan tempatan
- Membangunkan bandar hijau, menjana tenaga hijau dan mempertingkat mobiliti mesra alam
- Mengintegrasikan matlamat pembangunan mampan (SDG) dan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) ke dalam dasar ekonomi makro, perancangan fiskal, bajet, pengurusan pelaburan dan amalan perolehan
- Memperkenalkan strategi carbon pricing dan mempertingkat pembiayaan hijau
- Menggalakkan sektor swasta untuk menerima pakai dan melaksanakan pendekatan penggunaan dan pengeluaran mampan dan model ekonomi kitaran
S13. Apakah inisiatif untuk memulihara aset semula jadi di Sabah dan Sarawak?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Antara inisiatif adalah:
- Mempergiat program pemuliharaan ekosistem terestrial, air daratan, pesisir pantai dan marin
- Meningkatkan penyertaan komuniti setempat dalam melindungi dan mengurus kawasan perlindungan secara mampan
- Menguatkuasakan peruntukan dalam Akta Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017 melalui enakmen dan ordinan pada peringkat negeri
- Meneroka bayaran untuk perkhidmatan ekosistem termasuk carbon offset
S14. Apakah inisiatif bagi meningkatkan akses kepada pendidikan dan latihan di Sabah dan Sarawak?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Antara inisiatif adalah:
- Menambah baik infrastruktur sekolah dan institusi pendidikan tinggi (IPT)
- Menambah bilangan sekolah Sekolah Model Khas Komprehensif 9 (K9) dan menaik taraf beberapa sekolah K9 sedia ada kepada Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11)
- Menambah baik infrastruktur digital termasuk ketersambungan internet
- Memperkukuh pendekatan pembelajaran jarak jauh di IPT dan institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional
S15. Bagaimanakah akses dan penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan akan ditambah baik di Sabah dan Sarawak?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Akses dan penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan akan ditambah baik melalui:
- Menambah bilangan kenderaan khas bagi tujuan pemindahan pesakit di pejabat kesihatan daerah
- Menyediakan lebih banyak kelengkapan perubatan
- Memperluas konsep hospital kluster
- Menambah perkhidmatan kesihatan bergerak
- Menaik taraf fasiliti penjagaan kesihatan sedia ada
S16. Bagaimana untuk menambah baik akses kepada perumahan mampu milik di Sabah dan Sarawak?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Inisiatif utama adalah:
- Mengguna pakai model baharu perumahan awam dengan menjenamakan semula Program Perumahan Rakyat kepada Rumah Malaysia
- Meningkatkan bekalan rumah mampu milik untuk kumpulan sasar khusus
S17. Bagaimanakah keselamatan dan ketenteraman awam akan ditambah baik di Sabah dan Sarawak?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Antara inisiatif adalah:
- Menambah bilangan pos keselamatan di sepanjang sempadan antarabangsa
- Mempergiat rondaan maritim dan operasi bersepadu
- Memperkukuh keupayaan dan kemampuan pertahanan
- Melaksanakan strategi yang komprehensif untuk menghalang kemasukan pendatang asing tanpa izin
S18. Bagaimanakah status sosioekonomi Anak Negeri Sabah dan Bumiputera Sarawak akan ditambah baik?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Status sosioekonomi Anak Negeri Sabah dan Bumiputera Sarawak akan ditambah baik dengan:
- Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan aktiviti ekonomi bernilai tinggi
- Mengurangkan kemiskinan melalui penyediaan infrastruktur dan perkhidmatan asas
- Meningkatkan dan mempelbagaikan sumber pendapatan
- Menambah baik kebolehpasaran dan menggalakkan keusahawanan
- Mempercepat pembangunan tanah adat
S19. Bagaimanakah kebolehpasaran dan keusahawanan bagi Anak Negeri Sabah dan Bumiputera Sarawak akan dipertingkatkan?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Antara inisiatif adalah:
- Mempertingkat kemampuan dan keupayaan melalui pendidikan dan latihan
- Menggalakkan komuniti untuk menceburi ekopelancongan, pertanian dan akuakultur serta aktiviti seni dan kraf asli
- Memupuk keusahawanan dengan menyediakan kemudahan yang bersesuaian
- Memperkenalkan program keusahawanan khusus kepada belia
S20. Apakah inisiatif yang akan dilaksanakan bagi memperkukuh Mahkamah Adat?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Antara inisiatif adalah:
- Menambah bilangan mahkamah dan menaik taraf mahkamah sedia ada untuk menambah baik kemudahan dan perkhidmatan
- Meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada komuniti
S21. Apakah strategi untuk memudah cara pembangunan hak tanah adat (NCR)?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Antara inisiatif adalah:
- Mempercepat kerja pengukuran dan pemetaan tanah NCR
- Memperkukuh kerjasama antara kerajaan negeri, pemilik tanah dan pelabur
- Memperkukuh pembangunan tanah NCR melalui pendekatan pembangunan tanah bersepadu
S22. Apakah usaha untuk menjamin hak-hak Sabah dan Sarawak?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
-
Antara usaha yang diambil adalah:
- Mewujudkan Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada September 2020 menggantikan Jawatankuasa Khas Kabinet
- Menyelaras dan memperkemas isu lain yang dibangkitkan oleh Sabah dan Sarawak melalui Majlis Khas
- Mewujudkan Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk menyelaraskan isu-isu yang berkaitan dengan pelaksanaan MA63
Bab 13: Memperkukuh Penyampaian
Perkhidmatan Sektor Awam
S1. Apakah bidang keutamaan bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan sektor awam?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Bidang keutamaan adalah:
- Membangunkan perkhidmatan awam yang berprestasi tinggi
- Memantapkan pendekatan keseluruhan kerajaan
- Menambah baik pengurusan belanjawan dan projek
S2. Apakah isu utama bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan sektor awam?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Isu utama adalah:
- Ketidakpadanan antara kelayakan dan penempatan penjawat awam
- Kekurangan keupayaan dan kemampuan
- Motivasi yang rendah untuk berinovasi
- Perkhidmatan dalam talian dari peringkat awal ke akhir yang terhad
- Penerimagunaan teknologi digital yang rendah
- Kelemahan dalam mekanisme pelaksanaan dan pemantauan
- Pertindihan struktur dan fungsi agensi
- Kekangan dalam melaksanakan prinsip tadbir urus korporat yang mantap
- Kelemahan dalam pelaksanaan dan penyelarasan projek
- Mekanisme penilaian outcome yang kurang berkesan
- Kelemahan dalam penyelenggaraan infrastruktur
S3. Mengapakah transformasi perkhidmatan awam adalah penting?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Transformasi ini penting kerana ia akan:
- Memastikan penyampaian perkhidmatan sektor awam yang cekap dan berkesan
- Meningkatkan kredibiliti perkhidmatan awam dan kesejahteraan rakyat serta memulihkan kepercayaan dan keyakinan daripada pihak
- berkepentingan dan rakyat
- Memastikan pengasingan peranan dan tanggungjawab antara Anggota Pentadbiran dan penjawat awam
- Memperkukuh mekanisme pemilihan pegawai pengurusan tertinggi
- Mempercepat penerimagunaan teknologi digital
- Memperkukuh perkhidmatan awam melalui pendekatan keseluruhan kerajaan
S4. Apakah sasaran terpilih dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan sektor awam?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Sasaran terpilih adalah:
- Memperkenalkan pekeliling aturan bekerja fleksibel pada tahun 2021
- Mencapai kedudukan 30 teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International
- Mencapai 80% perkhidmatan dalam talian dari peringkat awal ke akhir Kerajaan Persekutuan
- Menyasarkan 90% pihak berkuasa tempatan mencapai taraf 4 bintang
- Mencapai skor minimum 61/100 dalam Open Budget Index oleh International Budget Partnership
S5. Apakah strategi bagi meningkatkan pelaksanaan pendekatan keseluruhan kerajaan?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Strategi adalah:
- Menambah baik pentadbiran dan kecekapan operasi
- Meningkatkan keupayaan membuat keputusan dan inovasi
- Memperkukuh ekosistem tadbir urus
S6. Bagaimanakah untuk menambah baik ketelusan dalam perkhidmatan awam?
Last updated : 01 Oct 2021
Last updated : 01 Oct 2021
- Memperkenalkan akta bagi perkhidmatan awam untuk memastikan semak dan imbang yang lebih berkesan antara kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman.
- Pelaksanaan ini akan memastikan penjawat awam kekal polos politik, bertanggungjawab dan berkecuali dalam melaksanakan semua tugas.
S7. Apakah inisiatif dalam memperluas pendigitalan bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan sektor awam?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Inisiatif adalah:
- Mempercepat single sign-on termasuk melalui platform mudah alih
- Menambah baik sistem pentadbiran tanah sedia ada
- Memperkenalkan penggunaan kecerdasan buatan dalam perbicaraan kes jenayah
- Memperluas penggunaan perkhidmatan storan awan
- Meningkatkan perkhidmatan dalam talian peringkat awal ke akhir Kerajaan Persekutuan
- Memantapkan pendigitalan pengurusan pilihan raya
S8. Apakah itu pendekatan Behavioural Insights (BI)?
Last updated : 04 Oct 2021
Last updated : 04 Oct 2021
- Pendekatan BI adalah gabungan dari sudut psikologi, sains kognitif dan sains sosial dengan hasil ujian secara empirikal untuk merangka dan melaksanakan dasar bagi mendorong rakyat membuat keputusan yang lebih baik.
-
BI akan diterima pakai sebagai pelengkap untuk meningkatkan lagi keberkesanan dasar dan membolehkan pengagihan sumber secara optimum.
-
BI adalah kos efektif dan mudah untuk difahami serta diterima guna secara meluas pada peringkat antarabangsa.
- BI juga akan meningkatkan kecekapan dan menambah baik penyampaian perkhidmatan.
S9. Bagaimanakah penyampaian perkhidmatan pihak berkuasa tempatan dinilai?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Penilaian adalah berdasarkan Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) yang mempunyai empat kriteria, iaitu:
- Perkhidmatan teras
- Penyertaan komuniti dan pandangan penduduk
- Pengurusan
- Pengurusan pelanggan
S10. Apakah tujuan Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) dilaksanakan?
Last updated : 28 Sep 2021
Last updated : 28 Sep 2021
- SPB-PBT bertujuan untuk menilai tahap penyampaian perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui satu sistem penggredan yang seragam dan meletakkan PBT pada tahap kedudukan yang sesuai mengikut ranking untuk meningkatkan kapasiti daya saing setiap PBT.
S11. Apakah inisiatif untuk memastikan amalan demokrasi dalam kalangan belia?
Last updated : 20 Oct 2021
Last updated : 20 Oct 2021
- Kerajaan akan mempercepat pelaksanaan bagi membolehkan golongan belia yang berumur 18 tahun dan ke atas mendapat hak untuk mengundi.
- Pelaksanaan ini akan membolehkan penglibatan belia dalam proses demokrasi memandangkan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan kelayakan umur minimum untuk mengundi kepada 18 tahun telah diluluskan pada Julai 2019.