Kluster I: Perancangan Pembangunan Negara
Penyediaan Rancangan Malaysia Lima Tahun
S1: Secara keseluruhannya, bagaimanakah perancangan pembangunan negara dilaksanakan?
Last updated : 07 Oct 2021
Last updated : 07 Oct 2021
- Perancangan pembangunan negara dilaksanakan pada tiga peringkat, iaitu bagi tempoh jangka panjang, jangka sederhana dan jangka pendek.
- Perancangan jangka panjang merangkumi tempoh 10 hingga 30 tahun, seperti berikut:
- Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
- Wawasan 2020 (1991-2020)
- Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000)
- Dasar Wawasan Negara (2001-2010)
- Dasar Transformasi Negara (2011-2020)
- Wawasan Kemakmuran Bersama (2021-2030)
- Objektif yang dikenal pasti di bawah setiap rancangan jangka panjang akan diterjemahkan kepada strategi dan inisiatif di bawah rancangan pembangunan jangka sederhana untuk tempoh lima tahun. Sehingga kini, terdapat 14 rancangan lima tahun, iaitu:
- Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)
- Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)
- Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)
- Rancangan Malaysia Ke-2 (1971-1975)
- Rancangan Malaysia Ke-3 (1976-1980)
- Rancangan Malaysia Ke-4 (1981-1985)
- Rancangan Malaysia Ke-5 (1986-1990)
- Rancangan Malaysia Ke-6 (1991-1995)
- Rancangan Malaysia Ke-7 (1996-2000)
- Rancangan Malaysia Ke-8 (2001-2005)
- Rancangan Malaysia Ke-9 (2006-2010)
- Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015)
- Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020)
- Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025)
- Rancangan jangka pendek dilaksanakan melalui belanjawan tahunan Kerajaan Persekutuan.
S2: Bagaimanakah rancangan jangka sederhana disediakan?
Last updated : 17 Sep 2021
Last updated : 17 Sep 2021
- Rancangan ini disediakan menggunakan pendekatan dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas.
- Perancangan dari atas ke bawah bermula dengan penyediaan rangka kerja ekonomi makro oleh agensi pusat, termasuklah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU), Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia. Sebagai agensi yang bertanggungjawab menyediakan rancangan jangka sederhana, EPU menyelaras dan mencadangkan sasaran ekonomi makro serta menerbitkan garis panduan rancangan untuk rujukan semua kementerian dan agensi.
- Pendekatan dari bawah ke atas melibatkan sesi libat urus yang meluas dengan pelbagai pihak berkepentingan, bagi membolehkan semua pihak menyumbang dan memastikan program dan projek pembangunan selari dengan objektif dan matlamat rancangan.
- EPU seterusnya mengangkat cadangan dasar serta program pembangunan utama ke Jawatankuasa Perancangan Pembangunan Negara (JPPN) iaitu jawatankuasa tertinggi di peringkat pegawai kerajaan yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, sebelum mengemukakannya ke Jawatankuasa Khas Perdana Menteri dan Jemaah Menteri. Dasar dan program pembangunan ini seterusnya dibentangkan oleh Perdana Menteri di Parlimen.
S3. Apakah yang terkandung dalam RMKe-12?
Last updated : 30 Sep 2021
Last updated : 30 Sep 2021
- RMKe-12 menetapkan asas bagi merealisasikan semangat Keluarga Malaysia yang akan mengubah landasan pembangunan negara bagi tempoh lima tahun akan datang untuk mencapai Malaysia yang makmur, inklusif dan mampan. RMKe-12 juga menggariskan tindak balas dasar yang menyeluruh dalam mendepani situasi yang mencabar akibat pandemik COVID-19. RMKe-12 terdiri daripada tiga Tema, empat Pemangkin Dasar dan 14 Pemacu Perubahan.
S4. Apakah yang dimaksudkan dengan Tema, Pemangkin Dasar dan Pemacu Perubahan?
Last updated : 01 Oct 2021
Last updated : 01 Oct 2021
- Tema merupakan penekanan utama strategi dan inisiatif di dalam RMKe-12 bagi memastikan objektif kemakmuran, inklusiviti dan kemampanan dapat dicapai. Terdapat tiga Tema, iaitu:
- Menjana Semula Ekonomi
- Memperkukuh Keselamatan, Kesejahteraan dan Inklusiviti
- Melonjakkan Kemampanan
- Pemangkin Dasar merupakan asas dan komponen penting pembangunan negara bagi menyokong pencapaian sasaran yang ditetapkan di bawah Tema. Terdapat empat Pemangkin Dasar, iaitu:
- Membangunkan Bakat Masa Hadapan
- Mempercepat Penerimagunaan Teknologi dan Inovasi
- Menambah Baik Ketersambungan dan Infrastruktur Pengangkutan
- Memperkukuh Perkhidmatan Awam
- Pemacu Perubahan merupakan langkah yang berani dan inovatif untuk mencetus anjakan pemikiran serta mengubah pendekatan dalam membangunkan negara. Terdapat 14 Pemacu Perubahan, iaitu:
- Pemacu Perubahan I: Kepentingan Melaksanakan Pembaharuan dan Transformasi
- Pemacu Perubahan II: Memangkinkan Industri Strategik dan Berimpak Tinggi bagi Melonjakkan Pertumbuhan Ekonomi
- Pemacu Perubahan III: Mentransformasi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana sebagai Pemacu Pertumbuhan Baharu
- Pemacu Perubahan IV: Memantapkan Keselamatan Negara dan Perpaduan untuk Pembinaan Negara Bangsa
- Pemacu Perubahan V: Memperkukuh Sistem Penjagaan Kesihatan bagi Memastikan Negara yang Sihat dan Produktif
- Pemacu Perubahan VI: Mentransformasi Pendekatan bagi Membasmi Kemiskinan Tegar
- Pemacu Perubahan VII: Menggandakan Pertumbuhan Negeri Kurang Membangun terutama di Sabah dan Sarawak bagi Merapatkan Jurang Pembangunan
- Pemacu Perubahan VIII: Menerima Guna Ekonomi Kitaran
- Pemacu Perubahan IX: Mempergiat Penerimagunaan Pengurusan Sumber Air Bersepadu
- Pemacu Perubahan X: Menambah Baik Ekosistem TVET bagi Membangunkan Bakat Tersedia Masa Hadapan
- Pemacu Perubahan XI: Meningkatkan Ketersambungan Digital untuk Pembangunan Inklusif
- Pemacu Perubahan XII: Menjajarkan Penyelidikan dan Pembangunan untuk Pengkomersialan, Penjanaan Kekayaan dan Pertumbuhan Ekonomi
- Pemacu Perubahan XIII: Mentransformasi Ekosistem Logistik bagi Meningkatkan Kecekapan
- Pemacu Perubahan XIV: Mentransformasi Perkhidmatan Awam melalui Pendekatan Keseluruhan Kerajaan
S5. Mengapakah unjuran jangka pendek tidak dinyatakan dalam RMKe-12?
Last updated : 07 Oct 2021
Last updated : 07 Oct 2021
- RMKe-12 merupakan rancangan pembangunan sosioekonomi jangka sederhana bagi tempoh lima tahun, manakala rancangan jangka pendek dilaksanakan melalui belanjawan tahunan.
- Unjuran pertumbuhan keluaran dalam negeri kasar dalam tempoh jangka pendek adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Kewangan (MOF). Unjuran pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2021 dan 2022 akan diumumkan oleh MOF semasa pembentangan Belanjawan 2022.
S6. Adakah Kerajaan melantik perunding asing untuk penyediaan dokumen RMKe-12?
Last updated : 07 Oct 2021
Last updated : 07 Oct 2021
- Tidak. RMKe-12 disediakan oleh pegawai EPU daripada sesi libat urus yang meluas dengan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk kementerian, kerajaan negeri, sektor swasta dan pertubuhan masyarakat sivil (CSO) serta orang ramai.
Peruntukan Pembangunan
S1: Apakah kriteria yang digunakan dalam menentukan keutamaan projek pembangunan?
Last updated : 30 Sep 2021
Last updated : 30 Sep 2021
- Kriteria yang digunakan dalam menentukan pemilihan projek baharu adalah seperti berikut:
- Projek berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada sebahagian besar masyarakat serta selari dengan outcome nasional dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030
- Nilai terbaik untuk wang dengan memastikan setiap ringgit yang dibelanjakan akan memberi manfaat kepada rakyat, Kerajaan dan negara
- Tapak projek siap sedia untuk pelaksanaan
- Penyelarasan keutamaan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri
- Keutamaan harus diberi kepada enam negeri yang kurang membangun, iaitu Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis
S2. Apakah isu utama yang dihadapi dalam melaksanakan projek pembangunan?
Last updated : 30 Sep 2021
Last updated : 30 Sep 2021
- Isu utama adalah:
- Ketidaksediaan tanah ataupun tapak
- Brif projek tidak lengkap
- Anggaran kos yang tidak tepat
S3. Apakah langkah tambahan untuk mengurangkan kelewatan pelaksanaan projek pembangunan?
Last updated : 30 Sep 2021
Last updated : 30 Sep 2021
- Langkah yang akan dilaksanakan adalah:
- Memperkenalkan inisiatif Value at Entry pada peringkat awal cadangan projek.
- Meningkatkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan