Kluster IV: Alam Sekitar
Bab 8: Mempercepat Pertumbuhan
Hijau untuk Kemampanan
dan Daya Tahan
S1. Mengapa kita perlu mempercepat pertumbuhan hijau?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Pertumbuhan hijau adalah penting untuk:
- Mencapai pertumbuhan ekonomi, kecekapan sumber, kelestarian alam sekitar dan keterangkuman sosial secara bersepadu
- Mewujudkan lebih banyak industri dan pasaran hijau, memacu inovasi, meningkatkan produktiviti dan meningkatkan daya saing dalam jangka panjang
- Mengurangkan pencemaran dan pelepasan gas rumah kaca, meminimumkan sisa dan memulihara aset semula jadi
- Meningkatkan daya tahan dan kemampanan negara
S2. Apakah maksud ekonomi kitaran?
Last updated : 01 Oct 2021
Last updated : 01 Oct 2021
- Ekonomi kitaran merupakan konsep yang memberi penekanan unuk mengembalikan sumber ke dalam sistem ekonomi dan alam sekitar melalui inisiatif guna semula dan pencegahan sisa, seterusnya mengurangkan kehilangan sumber.
- Ekonomi kitaran adalah satu anjakan sistemik bagi meningkatkan daya tahan jangka panjang yang mengutamakan ketahanan, guna semula, pembaikan, kitar semula dan pembuatan semula.
S3. Bagaimana ekonomi kitaran dapat memberi manfaat kepada alam sekitar dan masyarakat?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Ekonomi kitaran akan:
- Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kos
- Mengurangkan kebergantungan kepada sumber asli dan tekanan kepada alam sekitar
- Menangani perubahan iklim
- Menjadikan ekonomi lebih inovatif dan berdaya saing
- Mewujudkan peluang baharu untuk pertumbuhan hijau
S4. Apakah yang dimaksudkan dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- SDG yang juga dikenali sebagai Matlamat Global, diterima pakai oleh 193 negara ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2015. SDG terdiri daripada 17 matlamat, 169 sasaran dan lebih 200 indikator yang merangkumi lima dimensi iaitu Kemajuan Masyarakat, Penjagaan Bumi, Kemakmuran, Keamanan dan Kerjasama, bertujuan untuk mewujudkan pembangunan yang mengimbangi tonggak sosial, ekonomi dan alam sekitar.
S5. Bagaimana Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dijajarkan dengan rancangan pembangunan negara?
Last updated : 27 Sep 2021
Last updated : 27 Sep 2021
- Kesemua 17 matlamat SDG telah dijajarkan kepada rancangan pembangunan negara. Keutamaan pembangunan negara dilaksanakan seiring Agenda 2030 bagi Pembangunan Mampan. Penerimagunaan pendekatan keseluruhan negara adalah penting dalam pelaksanaan SDG.
S6. Apakah usaha untuk memperluas pasaran hijau?
Last updated : 27 Sep 2021
Last updated : 27 Sep 2021
-
Antara usaha yang akan dilaksana adalah:
- Menggalakkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana untuk menyertai program pembangunan industri hijau dan mengguna pakai label hijau yang diiktiraf
- Memperluas inisiatif perolehan hijau kerajaan (GGP) kepada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan
- Melaksana GGP Kerja bagi projek pembinaan dan pengubahsuaian
- Mempergiat promosi produk dan perkhidmatan hijau untuk melonjakkan permintaan daripada sektor swasta dan orang awam
S7. Apakah inisiatif bagi menambah baik pengurusan sumber mineral?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Antara inisiatif adalah:
- Menyediakan peta geospatial terperinci mengenai bahan mineral strategik
- Mempertingkat penguatkuasaan undang-undang berkaitan
- Menggalakkan amalan perlombongan mampan
- Meningkatkan penggunaan teknologi baharu dalam penerokaan dan pemprosesan mineral
- Menambah baik tadbir urus subsektor mineral
S8. Apakah inisiatif yang akan dilaksanakan untuk mempelbagai dana pemuliharaan?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Antara inisiatif adalah:
- Mengenal pasti mekanisme pembiayaan alternatif yang inovatif dan mampan
- Memperluas perkongsian antara sektor awam dan swasta untuk mengurus kawasan perlindungan
- Mengkaji semula fi dan caj bagi kemasukan ke taman negara dan negeri serta kawasan perlindungan lain
- Menetapkan mekanisme pelaksanaan pindahan fiskal ekologi
- Memperkukuh pengurusan tabung amanah konservasi sumber asli sedia ada
- Melaksanakan mekanisme Reducing Emissions from Deforestation and Forest Degradation and the Role of Conservation, Sustainable Management of Forest and Enhancement of Carbon Stocks in Developing Countries (REDD Plus)
Bab 9: Mempertingkat Kemampanan
Tenaga dan Mentransformasi
Sektor Air
S1. Apakah tumpuan utama dalam sektor tenaga dan air?
Last updated : 30 Sep 2021
Last updated : 30 Sep 2021
- Tumpuan utama adalah:
- Memastikan penggunaan tenaga dan air yang mampan
- Memastikan jaminan bekalan
- Mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi
S2. Apakah strategi utama untuk mempertingkat kemampanan tenaga dan mentransformasi sektor air?
Last updated : 30 Sep 2021
Last updated : 30 Sep 2021
- Strategi utama adalah:
- Memantapkan institusi dan menambah baik kawal selia
- Memperkenalkan dasar tenaga negara yang komprehensif
- Menambah baik pengurusan sektor air
- Menambah baik penyertaan pihak berkepentingan, tadbir urus, proses membuat keputusan serta kemampanan kewangan dan infrastruktur
S3. Apakah isu utama dalam sektor tenaga?
Last updated : 30 Sep 2021
Last updated : 30 Sep 2021
- Isu utama adalah:
- Dasar berkaitan tenaga yang tidak bersepadu
- Kurang pemahaman mengenai pelaksanaan dasar dalam kalangan pemain industri
- Kebergantungan yang tinggi terhadap import bagi produk petroleum
- Kekangan dalam penggunaan bahan api lebih bersih
- Ketiadaan perancangan jangka panjang bagi industri gas asli
- Pasaran bahan api yang tidak kompetitif
- Sumbangan tenaga boleh baharu yang rendah
- Ketiadaan perundangan mengenai kecekapan tenaga
S4. Apakah cabaran utama yang dihadapi dalam sektor air?
Last updated : 30 Sep 2021
Last updated : 30 Sep 2021
- Cabaran utama adalah:
- Penglibatan pihak berkepentingan yang kurang berkesan
- Tadbir urus sektor air yang kurang cekap
- Keputusan yang kurang berasaskan data dan sains
- Keupayaan kewangan yang terhad
- Kekangan infrastruktur dan teknologi
S5. Apakah sasaran utama yang hendak dicapai dalam sektor air dan tenaga?
Last updated : 30 Sep 2021
Last updated : 30 Sep 2021
- Sasaran utama adalah:
- Memperkenalkan dasar tenaga negara yang komprehensif
- Meningkatkan sumbangan tenaga boleh baharu daripada jumlah kapasiti terpasang kepada 31%
- Meningkatkan liputan akses kepada air bersih dan selamat di luar bandar kepada 98%
- Meningkatkan liputan sistem sanitasi terurus di luar bandar kepada 98%
- Mengurangkan tahap air tidak berhasil kepada 25%
S6. Apakah inisiatif utama untuk mempergiat penerimagunaan Pengurusan Sumber Air Bersepadu (IWRM) ?
Last updated : 30 Sep 2021
Last updated : 30 Sep 2021
- Inisiatif utama adalah:
- Memperkenalkan agenda Transformasi Sektor Air 2040
- Menyemak undang-undang sedia ada dan menggubal undang-undang baharu
- Menggalakkan mekanisme pembiayaan yang inovatif
- Menubuhkan pusat bersepadu untuk data dan R&D&C&I berkaitan air
- Memperkenalkan Mekanisme Penetapan Tarif
S7. Bagaimana meningkatkan sumbangan tenaga boleh baharu dalam penjanaan elektrik?
Last updated : 30 Sep 2021
Last updated : 30 Sep 2021
- Inisiatif utama adalah:
- Meningkatkan sumbangan sumber boleh baharu yang lain
- Memanfaatkan teknologi sedia ada dan baharu seperti cogeneration, termal solar dan sel bahan api
- Membangunkan beberapa kluster biotenaga sebagai lokasi pengumpulan berpusat
- Menggalakkan penghasilan tenaga daripada sisa dan pembangunan projek solar terapung
- Memasang lebih banyak fotovoltan solar bumbung dengan menggunakan kemudahan pembiayaan sedia ada
S8. Apakah inisiatif untuk meningkatkan kecekapan pengurusan tenaga?
Last updated : 05 Oct 2021
Last updated : 05 Oct 2021
- Inisiatif adalah:
- Menggubal akta berkaitan kecekapan dan konservasi tenaga
- Memastikan pematuhan kepada standard yang ditetapkan dan pelabelan National Building Energy Intensity di bangunan swasta terpilih
- Meneruskan pemberian Geran Audit Tenaga Bersyarat kepada sektor perindustrian dan komersial terpilih
- Memperluas aktiviti audit tenaga dan retrofit kepada lebih banyak bangunan kerajaan melalui inisiatif Energy Performance Contracting
S9. Apakah objektif utama untuk meningkatkan adunan palm methyl ester dalam biodiesel tempatan?
Last updated : 30 Sep 2021
Last updated : 30 Sep 2021
- Objektif utama adalah untuk:
- Mengurangkan pelepasan gas rumah kaca
- Meningkatkan permintaan domestik terhadap sumber minyak sawit tempatan
- Membolehkan negara memanfaatkan sumber minyak sawit sedia ada
- Menggalakkan pembangunan industri minyak sawit
S10. Apakah usaha untuk membangunkan keupayaan pemain tempatan dalam subsektor perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas?
Last updated : 30 Sep 2021
Last updated : 30 Sep 2021
- Usaha utama adalah:
- Membangunkan pemain tempatan untuk melaksana kerja yang kompleks dan mempunyai nilai ditambah yang tinggi pada peringkat domestik dan antarabangsa
- Menyokong pemain tempatan untuk menceburi bidang baharu dan mengambil peluang dalam pasaran global
S11. Apakah agenda Transformasi Sektor Air 2040 (WST 2040)?
Last updated : 30 Sep 2021
Last updated : 30 Sep 2021
- Agenda WST 2040 menetapkan hala tuju strategik bagi menjadikan sektor air sebagai penyumbang yang signifikan kepada pembangunan negara dan penciptaan kekayaan di samping memastikan jaminan bekalan air untuk semua.
- Malaysia disasarkan menjadi hab industri air serantau pada tahun 2040.
S12. Bagaimanakah Transformasi Sektor Air 2040 (WST 2040) akan dilaksanakan?
Last updated : 05 Oct 2021
Last updated : 05 Oct 2021
- Pelan hala tuju yang menggariskan strategi, inisiatif dan program akan dirangka.
-
Pasukan petugas khas akan ditubuhkan untuk memberi panduan, menyelaras, memantau dan melapor kemajuan bagi memastikan kejayaan agenda WST 2040.
Transformasi ini akan dilaksanakan secara berfasa, iaitu:
- Fasa 1 (2021-2025) : Mempergiat penerimagunaan Pengurusan Sumber Air Bersepadu (IWRM)
- Fasa 2 (2026-2030) : Membangunkan teknologi tempatan yang setanding dengan standard antarabangsa
- Fasa 3 (2031-2035) : Mencapai ekonomi bidangan
- Fasa 4 (2036- 2040) : Menjadi hab industri air serantau
S13. Apakah strategi untuk mempergiat penerimagunaan Pengurusan Sumber Air Bersepadu (IWRM)?
Last updated : 30 Sep 2021
Last updated : 30 Sep 2021
- Strategi adalah:
- Memperkasa rakyat
- Memperkukuh tadbir urus pada semua peringkat
- Menambah baik keupayaan membuat keputusan berasaskan data
- Memastikan pembiayaan yang mampan
- Membangunkan infrastruktur mampan dengan teknologi yang berkesan kos