Kluster II: Ekonomi
Bab 1: Memperkukuh Asas
Ekonomi Makro
S1: Apakah isu dan cabaran ekonomi makro?
Last updated : 30 Sep 2021
Last updated : 30 Sep 2021
- Antara isu dan cabaran utama adalah:
- Produktiviti dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang rendah
- Kualiti pelaburan yang rendah
- Peralihan struktur ekonomi yang perlahan
- Jurang pembangunan antara negeri yang melebar
- Bahagian pampasan pekerja (CE) yang rendah
- Manfaat yang terhad daripada penyertaan rantaian nilai global (GVC)
- Konsolidasi fiskal jangka sederhana yang tertangguh
- Pertumbuhan ekonomi yang memberi kesan kepada alam sekitar
S2. Apakah prestasi pertumbuhan produktiviti buruh dalam RMKe-11?
Last updated : 27 Sep 2021
Last updated : 27 Sep 2021
- Produktiviti buruh meningkat dengan kadar 1.1% setahun dalam RMKe-11 daripada RM84,114 bagi setiap pekerja pada tahun 2015 kepada RM89,025 pada tahun 2020. Walau bagaimanapun, pertumbuhan produktiviti bagi semua sektor adalah perlahan berikutan impak pandemik COVID-19 dari aspek nilai ditambah dan guna tenaga.
S3. Apakah sumbangan produktiviti pelbagai faktor (MFP) kepada pertumbuhan keluaran dalam negeri kasar (KDNK) benar?
Last updated : 27 Sep 2021
Last updated : 27 Sep 2021
- Sumbangan MFP telah meningkat daripada 23.2% dalam RMKe-10 kepada 39.3% dalam RMKe-11.
S4. Apakah prospek pertumbuhan produktiviti dalam RMKe-12?
Last updated : 30 Sep 2021
Last updated : 30 Sep 2021
- Usaha untuk mempercepat pertumbuhan produktiviti akan diteruskan dalam RMKe-12 dengan MFP dijangka menyumbang sebanyak 40.4% kepada pertumbuhan KDNK dengan sasaran pertumbuhan produktiviti buruh sebanyak 3.6% setahun.
- Pertumbuhan produktiviti ini akan didorong oleh pelaksanaan inisiatif di bawah Blueprint Produktiviti Malaysia dan pelbagai strategi pada peringkat sektor untuk memperkukuh ekosistem bagi meningkatkan produktiviti, termasuk melonjakkan aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (R&D&C&I).
S5. Bagaimanakah prestasi ekonomi Malaysia dalam RMKe-11?
Last updated : 30 Sep 2021
Last updated : 30 Sep 2021
- Ekonomi Malaysia berada pada landasan pertumbuhan yang disasarkan dalam tempoh 2016-2019. Walau bagaimanapun, prestasi pertumbuhan ekonomi dalam tempoh RMKe-11 lebih rendah daripada yang disasarkan dengan pertumbuhan menyederhana kepada 2.7% setahun berikutan impak pandemik COVID-19.
-
Prestasi ini terutamanya disumbangkan oleh perbelanjaan swasta susulan daripada peningkatan permintaan domestik. Penggunaan swasta kekal berdaya tahan dengan pertumbuhan sebanyak 4.7% setahun manakala pelaburan swasta pula meningkat sebanyak 1.2% setahun, walaupun terkesan dengan pandemik COVID-19.
- Penggunaan awam berkembang sebanyak 3.2% setahun, disokong oleh perbelanjaan Kerajaan bagi emolumen serta bekalan dan perkhidmatan. Walau bagaimanapun, pelaburan awam menguncup sebanyak 7.9% setahun, sebahagiannya disebabkan oleh penangguhan dan penyusunan semula keutamaan projek mega.
S6. Apakah prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam RMKe-12?
Last updated : 30 Sep 2021
Last updated : 30 Sep 2021
- KDNK dijangka berkembang sebanyak 4.5% hingga 5.5% setahun. Ini akan meningkatkan pendapatan negara kasar (PNK) per kapita daripada RM42,503 (AS$10,111) pada tahun 2020 kepada RM57,882 (AS$14,842) pada tahun 2025.
- Sektor swasta akan terus menjadi pemacu utama pertumbuhan. Penggunaan swasta dijangka meningkat, disokong oleh pendapatan isi rumah yang lebih tinggi manakala pelaburan swasta akan kembali pulih.
S7. Bagaimana untuk menggalakkan pelaburan berkualiti bagi meneraju pertumbuhan ekonomi?
Last updated : 30 Sep 2021
Last updated : 30 Sep 2021
- Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) akan menjadi asas pembaharuan yang komprehensif dalam semua inisiatif dan dasar berkaitan pelaburan. NIA menerapkan pendekatan yang holistik dan bersasar dalam usaha untuk menarik lebih banyak pelaburan berkualiti selaras dengan matlamat mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi, memperluas rangkaian domestik dan mempertingkat inklusiviti.
-
Antara usaha yang akan diberi keutamaan dalam RMKe-12 termasuk:
- Menambah baik ekosistem dan peraturan kawal selia bagi penyampaian perkhidmatan kerajaan yang lebih berkesan serta memudahkan urusan menjalankan perniagaan
- Menstruktur semula institusi pelaburan
- Menyemak semula insentif pelaburan sedia ada
- Menggalakkan penerimagunaan teknologi dan menyediakan ekosistem perniagaan yang inovatif bagi menarik lebih banyak pelaburan langsung domestik
- Memberi tumpuan kepada syarikat multinasional yang membantu firma tempatan untuk memperoleh akses pasaran serta pemindahan teknologi dan pengetahuan
- Meningkatkan kerjasama antara syarikat dan institusi pendidikan tinggi
S8. Apakah prestasi pertumbuhan mengikut sektor dalam RMKe-11?
Last updated : 30 Sep 2021
Last updated : 30 Sep 2021
- Semua sektor ekonomi kecuali sektor perlombongan dan pembinaan mencatat pertumbuhan positif. Sektor perkhidmatan dan pembuatan terus menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi.
- Sektor perlombongan menguncup berikutan gangguan dalam pengeluaran minyak mentah dan gas asli sementara sektor pembinaan pula menguncup secara marginal, terutama disebabkan oleh pengurangan aktiviti pembinaan dalam RMKe-11.
S9. Apakah sasaran pertumbuhan KDNK mengikut sektor dalam tempoh RMKe-12?
Last updated : 30 Sep 2021
Last updated : 30 Sep 2021
- Sasaran pertumbuhan purata tahunan KDNK mengikut sektor adalah:
- Sektor pertanian pada 3.8%
- Sektor pembinaan pada 4.2%
- Sektor perlombongan pada 2.6%
- Sektor pembuatan pada 5.7%
- Sektor perkhidmatan pada 5.2%
S10. Apakah strategi bagi mempercepat peralihan struktur ekonomi?
Last updated : 30 Sep 2021
Last updated : 30 Sep 2021
- Peralihan struktur ekonomi akan dipercepat melalui penerimagunaan teknologi termaju dalam semua sektor selaras dengan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR), khususnya dalam industri yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi.
S11. Apakah prestasi pertumbuhan KDNK mengikut negeri dalam RMKe-11? Negeri manakah yang mencatat pertumbuhan melebihi purata nasional?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Semua negeri mencatat pertumbuhan positif dalam RMKe-11. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Sarawak kekal sebagai penyumbang utama kepada ekonomi negara pada tahun 2020.
- Wilayah Persekutuan serta tujuh negeri, iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Perak, Kedah, Johor dan Negeri Sembilan mencatat pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi berbanding purata nasional, iaitu sebanyak 2.7% setahun dalam RMKe-11. Pertumbuhan bagi kebanyakan negeri ini diterajui oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan.
S12. Bagaimanakah jurang pembangunan sosioekonomi antara negeri dapat dikurangkan?
Last updated : 05 Oct 2021
Last updated : 05 Oct 2021
-
Antara langkah yang akan dilaksanakan adalah:
- Mengoptimumkan potensi setiap negeri dan wilayah
- Memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan, termasuk pihak berkuasa pembangunan wilayah
- Menaik taraf infrastruktur dan merancakkan semula aktiviti ekonomi di kawasan luar bandar
S13. Apakah prestasi KDNK berdasarkan pendapatan dalam RMKe-11?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- KDNK pada harga semasa terus berkembang sebanyak 3.8% setahun daripada RM1.18 trilion pada tahun 2015 kepada RM1.42 trilion pada tahun 2020. Pampasan pekerja (CE) meningkat sebanyak 5% setahun. Bahagian CE kepada KDNK juga telah meningkat daripada 35% pada tahun 2015 kepada 37.2% pada tahun 2020.
-
Lebihan kendalian kasar (GOS) yang merangkumi pendapatan pemilik modal dan pendapatan campuran telah meningkat sebanyak 3.7% setahun. Bahagian GOS kepada KDNK berkurang sedikit daripada 60.2% pada tahun 2015 kepada 60.1% pada tahun 2020.
- Pendapatan campuran yang mewakili pendapatan daripada bekerja sendiri, perniagaan yang tidak didaftarkan dan lain-lain pula berkembang lebih perlahan sebanyak 2.5% setahun. Bahagian pendapatan campuran kepada KDNK berkurang sedikit daripada 22.3% pada tahun 2015 kepada 21% pada tahun 2020.
S14. Apakah prospek pampasan pekerja (CE) dalam RMKe-12?
Last updated : 01 Oct 2021
Last updated : 01 Oct 2021
- Bahagian CE kepada KDNK disasarkan meningkat daripada 37.2% pada tahun 2020 kepada 40% pada tahun 2025, disokong oleh peningkatan berterusan gaji dan upah.
S15. Apakah strategi bagi memastikan sasaran peningkatan pampasan pekerja (CE) dapat dicapai?
Last updated : 27 Sep 2021
Last updated : 27 Sep 2021
- Strategi adalah:
- Meningkatkan produktiviti pekerja
- Mewujudkan lebih banyak pekerjaan berpendapatan tinggi
- Menambah baik kecekapan pasaran buruh
- Memperkukuh kesatuan sekerja
- Mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing
- Menggalakkan penyertaan lebih ramai penduduk tempatan dalam pasaran buruh
S16. Bagaimanakah kedudukan akaun semasa imbangan pembayaran (BOP) pada akhir tempoh RMKe-11?
Last updated : 30 Sep 2021
Last updated : 30 Sep 2021
- Akaun semasa BOP mencatat lebihan yang lebih tinggi, iaitu daripada RM35.2 bilion atau 3.1% kepada pendapatan negara kasar (PNK) pada tahun 2015 kepada RM60 bilion atau 4.3% kepada PNK pada tahun 2020, disokong oleh pertumbuhan eksport kasar yang lebih tinggi daripada import kasar.
-
Eksport kasar meningkat sebanyak 4.8% setahun dipacu oleh barangan pembuatan dan pertanian. Pertumbuhan eksport barangan pembuatan disokong terutama oleh produk elektrikal dan elektronik (E&E), bahan kimia, peralatan optik dan saintifik serta produk getah. Pertumbuhan eksport pertanian pula disumbangkan oleh minyak sawit dan produk berasaskan sawit.
- Import kasar berkembang sebanyak 3% setahun dipacu oleh barangan pengantara dan barangan penggunaan serta eksport semula. Pertumbuhan import barangan pengantara adalah selari dengan prestasi eksport barangan pembuatan yang stabil, manakala import barangan penggunaan disokong oleh permintaan berterusan daripada isi rumah. Peningkatan import untuk eksport semula didorong oleh eksport semula yang lebih tinggi bagi produk E&E dan produk petroleum.
S17. Apakah prospek sektor luar dalam RMKe-12?
Last updated : 30 Sep 2021
Last updated : 30 Sep 2021
- Prestasi perdagangan antarabangsa Malaysia dijangka lebih baik seiring dengan jangkaan pemulihan perdagangan global dan pengukuhan harga komoditi utama.
-
Eksport kasar dijangka meningkat pada kadar purata tahunan sebanyak 5% disokong oleh produk yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi dan pasaran yang lebih luas.
-
Import kasar dianggar berkembang pada kadar purata tahunan sebanyak 5.9% selari dengan prestasi eksport yang kukuh dan aktiviti pelaburan domestik yang lebih tinggi.
- Akaun semasa imbangan pembayaran disasarkan akan mengekalkan lebihan sebanyak RM44 bilion atau 2.2% kepada PNK pada tahun 2025. Walaupun akaun perkhidmatan dijangka terus mencatat defisit, namun lebihan yang besar dalam akaun barangan akan mengukuhkan kedudukan akaun semasa.
S18. Apakah strategi bagi memperkukuh perdagangan dan imbangan pembayaran?
Last updated : 05 Oct 2021
Last updated : 05 Oct 2021
- Mengukuhkan pengantarabangsaan dengan:
- Mempertingkat kerjasama antara pemain industri, agensi kerajaan dan institusi penyelidikan
- Mengenal pasti pasaran dan produk baharu yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi
- Menambah baik kecekapan fasilitasi perdagangan di semua pintu masuk
- Menggalakkan PMKS untuk memanfaat platform digital
- Meningkatkan daya saing industri eksport utama melalui penerimagunaan teknologi baharu
- Mempromosi Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk pelancongan, pendidikan dan penjagaan kesihatan
- Mengurangkan kandungan import dengan:
- Mempertingkat aktiviti hiliran berasaskan sumber dan perkhidmatan berkaitan yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi
- Meningkatkan pengeluaran produk penggantian import
- Memperkukuh kerjasama perdagangan dengan:
- Melaksanakan Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2025
- Menyertai perjanjian perdagangan bebas (FTA) baharu seperti Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP)
S19. Apakah Indikator Ekonomi Hijau (GEI)?
Last updated : 30 Sep 2021
Last updated : 30 Sep 2021
- GEI adalah pelengkap kepada petunjuk ekonomi sedia ada yang diperkenalkan pada tahun 2018. GEI digunakan untuk menilai secara sistematik kesan pembangunan sosioekonomi terhadap alam sekitar.
- GEI terdiri daripada 79 indikator, termasuk pelepasan karbon, intensiti tenaga, sumbangan tenaga boleh baharu, kawasan hutan, pengeluaran akuakultur dan penggunaan baja kimia. GEI diterbitkan secara berkala oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
S20. Apakah kepentingan dasar pembangunan yang seimbang?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Dasar pembangunan yang seimbang adalah penting bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan, memacu kecekapan sumber dan mengekalkan daya tahan ekosistem alam sekitar.
S21. Bagaimana ekonomi hijau akan diambil kira dalam perancangan ekonomi makro?
Last updated : 30 Sep 2021
Last updated : 30 Sep 2021
- Model ekonomi hijau akan diperkenal untuk melengkapkan perancangan ekonomi makro dan analisis impak.
- Model ini akan mengenal pasti kesalinghubungan antara pertumbuhan ekonomi dan penggunaan sumber semula jadi serta kesan terhadap alam sekitar.
S22. Apakah Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (MyWI)?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- MyWI merupakan indeks komposit yang digunakan untuk mengukur impak pelbagai dasar dan strategi sosioekonomi dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat serta menjadi panduan kepada penggubal dasar dalam merangka dasar yang bersesuaian.
- Pengukuran MyWI terbahagi kepada indeks subkomposit kesejahteraan ekonomi dan sosial.
- Indeks subkomposit kesejahteraan ekonomi merangkumi lima komponen iaitu pengangkutan, komunikasi, pendidikan, pendapatan dan pengagihan serta persekitaran kerja
- Indeks subkomposit kesejahteraan sosial merangkumi sembilan komponen iaitu kebudayaan, keluarga, kesihatan, alam sekitar, perumahan, penyertaan sosial, tadbir urus, keselamatan awam serta hiburan dan rekreasi
S23. Adakah kesejahteraan rakyat bertambah baik dalam RMKe-11?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- MyWI berkembang sebanyak 0.5% setahun didorong oleh indeks subkomposit kesejahteraan ekonomi dan sosial.
-
Berdasarkan indeks subkomposit kesejahteraan ekonomi, rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada infrastruktur pengangkutan yang dinaik taraf, penambahbaikan kehidupan bekerja, kualiti pendidikan yang lebih baik dan pengukuhan komunikasi.
- Peningkatan dalam indeks subkomposit kesejahteraan sosial juga menunjukkan kadar penyertaan yang lebih tinggi dalam aktiviti sosial serta alam sekitar dan tadbir urus yang lebih baik. Namun begitu, subkomponen keluarga dan kesihatan antara yang menunjukkan peningkatan paling sedikit. Antara isu keluarga dan kesihatan yang perlu ditangani termasuk kadar perceraian dan kes penyakit tidak berjangkit.
S24. Apakah langkah bagi memastikan sasaran pertumbuhan Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (MyWI) sebanyak 1.2% setahun dalam RMKe-12 dapat dicapai?
Last updated : 27 Sep 2021
Last updated : 27 Sep 2021
- Langkah yang akan dilaksanakan adalah:
- Meningkatkan penyertaan sosial
- Menambah baik kualiti alam sekitar
- Mempertingkat ketersambungan pengangkutan
- Menambah baik akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan
- Menyediakan lebih banyak perumahan mampu milik
S25. Apakah langkah untuk menambah baik pengurusan kewangan awam?
Last updated : 30 Sep 2021
Last updated : 30 Sep 2021
- Langkah yang akan dilaksanakan adalah:
- Menambah baik tadbir urus fiskal dengan menginstitusi prinsip kemampanan fiskal melalui pengenalan Akta Tanggungjawab Fiskal
- Meningkatkan hasil dengan meneroka sumber baharu, memperluas asas cukai, mengkaji semula insentif cukai, memperkukuh keseluruhan pentadbiran cukai serta melaksana strategi meningkatkan hasil dalam jangka sederhana
- Memperkukuh pengurusan perbelanjaan dengan memperkenalkan rangka kerja belanjawan dan perbelanjaan jangka sederhana, melaksana penilaian perbelanjaan awam serta menambah baik pengurusan perolehan Kerajaan
Bab 2: Mengembalikan Semula
Momentum Pertumbuhan
S1. Apakah bidang keutamaan bagi mengembalikan semula momentum pertumbuhan dalam RMKe-12?
Last updated : 27 Sep 2021
Last updated : 27 Sep 2021
- Bidang keutamaan adalah:
- Melonjakkan pertumbuhan produktiviti
- Memperluas pasaran eksport
- Memperkukuh keberkesanan ekosistem pengantaraan kewangan
- Memperkukuh peranan kawasan perindustrian dan pengeluaran makanan
- Menambah baik dasar dan tadbir urus
S2. Apakah cabaran utama yang menghalang momentum pertumbuhan?
Last updated : 27 Sep 2021
Last updated : 27 Sep 2021
- Cabaran utama adalah:
- Produktiviti yang rendah
- Akses pasaran yang rendah dan firma kurang berdaya saing
- Perubahan pesat dalam landskap kewangan
- Pembangunan perindustrian yang tidak seimbang antara wilayah
- Tadbir urus dan mekanisme pelaksanaan yang kurang berkesan
S3. Apakah strategi untuk melonjakkan pertumbuhan produktiviti?
Last updated : 27 Sep 2021
Last updated : 27 Sep 2021
- Strategi adalah:
- Memperkukuh mekanisme perancangan, penilaian dan pemantauan
- Beralih kepada rantaian nilai lebih tinggi
- Memperkukuh keupayaan kewangan
- Meningkatkan kejayaan nexus produktiviti
- Meningkatkan amalan hijau
S4. Apakah strategi untuk memperluas pasaran eksport?
Last updated : 27 Sep 2021
Last updated : 27 Sep 2021
- Strategi adalah:
- Meningkatkan kecekapan pasaran bagi memastikan industri mendapat akses pasaran yang lebih luas dan mencapai pertumbuhan yang lebih tinggi
- Memperkasa industri untuk bersaing dalam pasaran domestik dan antarabangsa
- Memperkukuh fasilitasi perdagangan
S5. Apakah strategi untuk memperkukuh keberkesanan ekosistem pengantaraan kewangan?
Last updated : 27 Sep 2021
Last updated : 27 Sep 2021
- Strategi adalah:
- Mentransformasi ekosistem kewangan bagi memenuhi keperluan ekonomi masa hadapan
- Meningkatkan daya tahan dan menambah baik tadbir urus sistem kewangan
- Menggalakkan sistem kewangan yang mampan dan inklusif
S6. Bagaimana peranan kawasan perindustrian dan pengeluaran makanan akan diperkukuh?
Last updated : 30 Sep 2021
Last updated : 30 Sep 2021
- Kawasan ini akan dijadikan sebagai pemangkin pertumbuhan dengan menambah baik pengurusan dan pembangunan kawasan tersebut dan menyediakan insentif dan bantuan kewangan yang lebih baik.
- Menggalakkan pembangunan kawasan perindustrian yang lebih saksama dan seimbang.
S7. Apakah strategi untuk menambah baik dasar dan tadbir urus?
Last updated : 27 Sep 2021
Last updated : 27 Sep 2021
- Strategi adalah:
- Memperkukuh penyelarasan dan kerjasama
- Meningkatkan peranan dan fungsi institusi
- Memperkukuh dasar dan perundangan
S8. Apakah outcome yang hendak dicapai dengan mengembalikan semula momentum pertumbuhan?
Last updated : 27 Sep 2021
Last updated : 27 Sep 2021
- Outcome adalah:
- Peningkatan kadar pertumbuhan produktiviti buruh
- Peningkatan jumlah eksport
- Pengukuhan kecekapan ekosistem pengantaraan kewangan
- Peningkatan penggunaan kawasan perindustrian dan pengeluaran makanan
- Pertumbuhan sektor ekonomi yang mampan
Bab 3: Melonjakkan Pertumbuhan
Industri Strategik dan
Berimpak Tinggi serta
Perusahaan Mikro, Kecil dan
Sederhana
S1. Bagaimana untuk merangsang industri elektrik dan elektronik (E&E) beralih kepada rantaian nilai yang lebih tinggi?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Langkah yang akan dilaksanakan adalah:
- Ekosistem industri E&E akan diperkukuh bagi mencapai rantaian nilai yang lebih tinggi
- Industri E&E beralih kepada aktiviti bernilai lebih tinggi di sepanjang rantaian bekalan melalui peningkatan penggunaan automasi dan teknologi termaju
- Pembangunan bakat dan keupayaan akan dibangunkan bagi memenuhi permintaan pasaran
- Aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta reka bentuk dan pembangunan akan digalakkan bagi merangsang pertumbuhan industri
S2. Apakah yang dimaksudkan dengan hab perkhidmatan global?
Last updated : 01 Oct 2021
Last updated : 01 Oct 2021
- Hab perkhidmatan global menawarkan perkhidmatan bernilai tinggi yang menggabungkan pelbagai fungsi dan perkhidmatan perniagaan, beroperasi merentas sempadan antarabangsa dengan kawalan sepenuhnya dalam proses membuat keputusan, peruntukan kewangan dan pelaporan.
- Perkhidmatan ini merangkumi teknologi maklumat dan komunikasi, penyelidikan dan pembangunan, kewangan dan perakaunan, sumber manusia, perolehan, undang-undang, pemasaran, analisis perniagaan dan perkhidmatan sokongan guna sama merentas pelbagai lokasi dalam organisasi. Contoh perkhidmatan global adalah hab prinsipal, perkhidmatan perniagaan global dan ibu pejabat operasi.
S3. Bagaimana Malaysia dapat menjadi lebih berdaya saing sebagai hab perkhidmatan global?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Antara inisiatif adalah:
- Menyediakan dasar, perundangan dan persekitaran perniagaan yang jelas dan menyokong
- Meningkatkan bakat dan keupayaan penyedia perkhidmatan global
- Menambah baik infrastruktur digital
- Meningkatkan kesalinghubungan udara ke bandar utama
S4. Apakah usaha yang akan diambil untuk memperkukuh industri aeroangkasa tempatan?
Last updated : 05 Oct 2021
Last updated : 05 Oct 2021
- Inisiatif adalah:
- Membangunkan ekosistem aeroangkasa yang mampan
- Mewujudkan kluster dan zon aktiviti aeroangkasa untuk pertumbuhan industri yang seimbang
- Membangunkan sistem digital aeroangkasa
- Meneroka sumber tenaga yang mampan
S5. Apakah langkah bagi memaksimumkan potensi industri kreatif?
Last updated : 05 Oct 2021
Last updated : 05 Oct 2021
- Antara langkah yang akan dilaksanakan termasuk:
- Membangunkan ekosistem yang menyeluruh
- Menyemak semula dasar dan rangka kerja berkaitan industri kreatif
- Meningkatkan kemahiran bakat untuk memenuhi keperluan industri
- Memperkukuh pembangunan dan promosi produk
S6. Apakah strategi yang perlu dilaksanakan untuk mencergaskan semula industri pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Strategi adalah:
- Mengembalikan keyakinan pelancong untuk berkunjung ke Malaysia
- Memastikan produk dan perkhidmatan yang berkualiti
- Meningkatkan kemampanan produk pelancongan
- Memperkukuh jenama Malaysia dan promosi
- Menginstitusi reformasi tadbir urus
- Mempergiat pelancongan domestik
S7. Apakah langkah untuk meningkatkan daya saing industri halal?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Langkah yang akan dilaksanakan adalah:
- Meningkatkan pembangunan bakat halal
- Mewujudkan pengiktirafan profesional halal
- Mempercepat pembangunan industri termasuk penyertaan Bumiputera
- Meningkatkan daya saing produk
- Menjadikan Malaysia sebagai hab halal global
S8. Mengapa industri biojisim dianggap sebagai industri yang strategik?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Industri biojisim berpotensi untuk menarik pelaburan yang bernilai tinggi dan mewujudkan peluang pekerjaan baharu memandangkan ketersediaan sumber biojisim yang banyak.
- Industri ini juga menerima guna konsep ekonomi kitaran dengan menggunakan semula sisa dan menyumbang kepada pengurangan pelepasan gas rumah kaca.
S9. Apakah inisiatif untuk merealisasi potensi industri biojisim?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Inisiatif adalah:
- Menggubal dasar biojisim yang komprehensif
- Membangunkan teknologi tempatan melalui penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi
- Mempercepat pembangunan produk dan perkhidmatan yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi
- Menggalakkan penggunaan produk biojisim yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi
S10. Apakah langkah untuk mempergiat aktiviti pertanian pintar?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Langkah yang akan dilaksanakan adalah:
- Membangunkan rangka kerja pertanian pintar yang komprehensif
- Mempercepat penerimagunaan teknologi moden
- Menambah baik penyebaran maklumat mengenai teknologi dan pembangunan bakat
- Meningkatkan penyertaan penyedia teknologi
- Memperkasa komuniti setempat
S11. Apakah strategi utama untuk mempertingkat keupayaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS)?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Strategi utama adalah:
- Mewujudkan usahawan yang inovatif dan lestari
- Mempromosikan penyertaan inklusif melalui PMKS, koperasi dan persatuan berasaskan pertanian
- Mewujudkan ekosistem yang kondusif dan holistik untuk keusahawanan
S12. Apakah inisiatif untuk mentransformasi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) sebagai pemacu baharu pertumbuhan?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Inisiatif adalah:
- Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK)
- Portal MyAssist MSME
- Program intervensi peluang kedua
Bab 10: Membangunkan Bakat
Masa Hadapan
S1. Apakah keutamaan dalam membangunkan modal insan?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Keutamaan adalah:
- Menjajarkan semula pasaran buruh untuk pertumbuhan yang inklusif dan mampan
- Membangunkan bakat tersedia masa hadapan
S2. Apakah isu utama dalam membangunkan bakat masa hadapan?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Isu utama adalah:
- Ketidaksamaan dalam pampasan pekerja dan penyertaan tenaga buruh
- Ketidakcekapan pasaran buruh
- Perubahan dalam pasaran buruh disebabkan pandemik COVID-19
- Outcome pelajar yang rendah
- Penyelarasan dan tadbir urus yang kurang mantap
- Ekosistem yang tidak kondusif untuk inovasi
- Akses pendidikan yang terhad bagi Murid Berkeperluan Khas dan Orang Asli
S3. Apakah sasaran utama yang hendak dicapai?
Last updated : 30 Sep 2021
Last updated : 30 Sep 2021
- Sasaran utama adalah:
- Pampasan pekerja (CE) kepada KDNK meningkat kepada 40% pada tahun 2025
- Pertumbuhan produktiviti buruh per pekerja sebanyak 3.6% pada tahun 2021 hingga 2025
- Skor Programme for International Student Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) yang setara dengan purata antarabangsa
- Pengambilan lepasan SPM atau setaraf ke program pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) sebanyak 55%
- Kebolehpasaran graduan institusi pendidikan tinggi dan institusi TVET awam sebanyak 86.7%
S4. Apakah strategi dalam menjajarkan semula pasaran buruh?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Strategi adalah:
- Menggalakkan kesaksamaan pampasan pekerja (CE)
- Meningkatkan penyertaan buruh
- Memperkukuh sistem yang menyokong pasaran buruh
S5. Bagaimanakah untuk memudah cara penyertaan tenaga buruh tempatan?
Last updated : 30 Sep 2021
Last updated : 30 Sep 2021
- Antara usaha adalah:
- Memperkenalkan dasar khusus bagi memastikan pekerja asing meninggalkan negara ini selepas satu tempoh tertentu
- Mengkaji semula mekanisme pelaksanaan levi pelbagai peringkat
- Menyalur kembali tambahan levi yang dikutip kepada industri
- Memberi insentif kepada majikan dalam mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif
- Memperkenalkan dasar sosial yang sesuai untuk meningkatkan kadar penyertaan tenaga buruh wanita
- Menambah baik Returning Expert Programme
S6. Apakah itu platform analitik maklumat pasaran buruh?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Ia merupakan platform yang mengumpul dan mengharmonikan data yang diperoleh daripada pelbagai sumber data tradisional dan baru muncul untuk menjalankan analisis berpusat.
-
Ia akan membantu pembuat dasar dengan membolehkan penelitian yang mendalam untuk menggubal dasar berasaskan bukti.
- Platform ini akan mengguna pakai model unjuran yang berasaskan teknologi machine learning bagi lebih memahami kedinamikan pasaran buruh.
S7. Apakah usaha untuk memastikan kesejahteraan pekerja gig?
Last updated : 04 Oct 2021
Last updated : 04 Oct 2021
- Usaha yang akan diambil adalah:
- Menambah baik skim perlindungan sosial
- Mewujudkan dana latihan bagi membantu pekerja gig meningkatkan kemahiran dan beralih kepada pekerjaan yang lebih baik
- Mengguna pakai amalan terbaik antarabangsa yang membolehkan pekerja gig untuk bekerja dalam persekitaran yang selamat dan kondusif
S8. Apakah Sekolah Model Khas Komprehensif 9 (K9)?
Last updated : 30 Sep 2021
Last updated : 30 Sep 2021
- Sekolah Model Khas Komprehensif 9 (K9) diperkenalkan untuk meningkatkan enrolmen murid dalam pendidikan menengah bagi orang asli, Anak Negeri Sabah, Bumiputera Sarawak dan murid yang tinggal di kawasan pedalaman.
-
Pelaksanaan strategi ini bertujuan untuk menangani isu keciciran murid sewaktu transisi dari Tahun Enam ke Tingkatan Satu serta memastikan kemudahan Sekolah Kurang Murid digunakan secara optimum.
- Terdapat sembilan sekolah K9 beroperasi di Malaysia sehingga tahun 2020.
S9. Apakah Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11)?
Last updated : 04 Oct 2021
Last updated : 04 Oct 2021
- K11 adalah satu inisiatif untuk menyediakan akses kepada pendidikan selama 11 tahun, iaitu daripada Tahun Satu hingga Tingkatan Lima.
- Ia dijangka mengurangkan kadar keciciran murid semasa transisi daripada Tingkatan Tiga ke Tingkatan Empat.
S10. Mengapakah kadar penyertaan murid peringkat menengah atas dalam pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) merosot?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Kadar penyertaan murid dalam STEM pada peringkat menengah atas merosot daripada 49:51 pada tahun 2015 kepada 47:53 pada tahun 2020 kerana:
- Murid kurang berminat untuk mempelajari subjek berkaitan STEM
- Makmal sains tidak dapat berfungsi sepenuhnya
S11. Apakah usaha yang diambil bagi meningkatkan kadar penyertaan murid peringkat menengah atas dalam pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM)?
Last updated : 04 Oct 2021
Last updated : 04 Oct 2021
- Usaha yang akan diambil adalah:
- Memperkukuh pendidikan STEM untuk menyediakan murid bagi menguasai 4IR
- Menaik taraf makmal sains
- Memperluas program latihan bagi guru dalam Inquiry-Based Science Education dan Inquiry-Based Mathematics Education
- Memperkenalkan kurikulum STEM baharu dan terkini yang diterapkan dengan teknologi digital
S12. Apakah kebolehpasaran graduan (GE)?
Last updated : 30 Sep 2021
Last updated : 30 Sep 2021
- GE merujuk kepada graduan yang bekerja, melanjutkan pengajian, meningkatkan kemahiran dan menunggu penempatan pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas bergraduat. Ia juga meliputi graduan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 hingga peringkat Doktor Falsafah.
- Kadar GE meningkat daripada 76.1% pada tahun 2015 kepada 84.4% pada tahun 2020.
S13. Bagaimanakah untuk memastikan institusi pendidikan tinggi (IPT) kekal berdaya saing?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Langkah yang akan dilaksanakan adalah:
- Menggalakkan sistem pendidikan tinggi yang fleksibel
- Mempelbagaikan laluan pendidikan dan latihan serta menawarkan program transdisciplinary
- Menggalakkan staf akademik untuk melanjutkan pengajian ke program kelayakan profesional atau pensijilan profesional
- Mengkaji semula, memperkemas dan menggubal dasar dan undang-undang bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan IPT
S14. Bagaimanakah untuk mempergiat aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (R&D&C&I) di institusi pendidikan tinggi?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Aktiviti R&D&C&I akan terus dipergiat melalui:
- Memperkukuh kerjasama dengan pemain industri
- Memperluas bidang tumpuan dalam aktiviti R&D&C&I
- Menyediakan geran kepada universiti penyelidikan dan Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi
S15. Apakah isu utama dalam pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET)?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Isu utama adalah:
- Ketidakpadanan teknologi dan jurang pengetahuan dalam kalangan tenaga pengajar
- Peralatan di institusi masih ketinggalan
- Kekurangan pemahaman terhadap potensi TVET
- Pendidikan TVET dianggap sebagai pilihan kedua atau terakhir
- Institusi TVET ditadbir oleh beberapa kementerian berbeza
- TVET tidak dikawal selia oleh sebarang akta
- Ketiadaan pangkalan data yang berpusat
S16. Bagaimanakah untuk memperkasa ekosistem pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET)?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Antara inisiatif adalah:
- Mempertingkat kualiti program TVET
- Memanfaatkan pembelajaran digital
- Menangani pertindihan tadbir urus TVET
- Mempromosi jenama TVET
- Mewujudkan pangkalan data TVET
S17. Apakah strategi bagi menambah baik tadbir urus pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET)?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Strategi adalah:
- Menubuhkan Majlis TVET Negara
- Memanfaatkan teknologi baru muncul
- Memperkenalkan sistem penarafan
S18. Bagaimanakah ekosistem pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) menambah baik pembangunan modal insan?
Last updated : 01 Oct 2021
Last updated : 01 Oct 2021
- Ekosistem TVET akan:
- Menangani isu kebergantungan kepada pekerja asing, bahagian pampasan pekerja (CE) yang rendah dan keciciran pelajar
- Mengurangkan jurang antara kemahiran graduan dan keperluan industri
- Meningkatkan kualiti institusi TVET dan menggalakkan lebih banyak kerjasama industri
- Meningkatkan kemahiran komuniti di kawasan luar bandar
- Menjadikan TVET sebagai pilihan utama dalam kalangan pelajar
S19. Apakah yang dimaksudkan dengan penduduk umur bekerja?
Last updated : 29 Oct 2021
Last updated : 29 Oct 2021
- Penduduk umur bekerja merujuk kepada penduduk yang berumur antara 15 hingga 64 tahun dan dikelaskan kepada dua kategori iaitu yang berada dalam pasaran buruh dan yang berada di luar pasaran buruh. Daripada keseluruhan penduduk umur bekerja pada tahun 2020 yang berjumlah 22.8 juta, seramai 15.6 juta orang berada di dalam pasaran buruh.
S20. Apakah yang dimaksudkan dengan unjuran pewujudan pekerjaan baharu?
Last updated : 29 Oct 2021
Last updated : 29 Oct 2021
- Unjuran pewujudan pekerjaan baharu merujuk kepada penjanaan kerja bersih (net) iaitu pekerjaan baharu diwujudkan ditolak dengan pekerjaan yang dijumudkan bagi tempoh tersebut. Sebanyak 1.054 juta pekerjaan akan diwujudkan dalam tempoh RMKe-12 sepertimana dalam Jadual 13 dan 14, dokumen RMKe-12. Jumlah ini telah dibincang dan dipersetujui oleh semua pihak berkepentingan.
S21. Mengapakah terdapat individu yang berada di luar pasaran buruh?
Last updated : 29 Oct 2021
Last updated : 29 Oct 2021
- Berdasarkan Survei Tenaga Buruh (LFS) 2020 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, bilangan individu yang berada di luar pasaran buruh adalah sebanyak 7.2 juta orang. Antara sebab individu berada di luar pasaran buruh adalah kerja rumah, tanggungjawab keluarga, bersekolah, melanjutkan pelajaran, hilang upaya, tidak berminat, bersara dan berumur.
S22. Apakah langkah untuk meningkatkan jumlah tenaga kerja tempatan?
Last updated : 29 Oct 2021
Last updated : 29 Oct 2021
- Antara langkah adalah:
- Mengurangkan jumlah pekerja asing
- Meningkatkan penyertaan tenaga buruh wanita
- Menyediakan lebih banyak kemudahan penjagaan kanak-kanak
Bab 11: Melonjakkan Pendigitalan
dan Teknologi Termaju
S1. Apakah ekonomi digital?
Last updated : 30 Sep 2021
Last updated : 30 Sep 2021
- Malaysia mendefinisikan ekonomi digital sebagai aktiviti ekonomi dan sosial yang melibatkan pengeluaran dan penggunaan teknologi digital oleh individu, perniagaan dan kerajaan.
S2. Apakah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA)?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara yang dilancarkan pada tahun 2019 untuk menambah baik penyediaan infrastruktur digital telah dikaji semula dan dikenali sebagai JENDELA pada tahun 2020.
- Pelaksanaan JENDELA adalah bertujuan untuk mencapai sasaran berikut:
- 100% liputan 4G di kawasan berpenduduk
- Kelajuan jalur lebar mudah alih melebihi 100 Mbps
- 100% isi rumah melanggan internet
- Sembilan juta premis disediakan perkhidmatan jalur lebar talian tetap
- Liputan 5G yang lebih luas
S3. Apakah strategi untuk melaksanakan pembangunan infrastruktur digital?
Last updated : 30 Sep 2021
Last updated : 30 Sep 2021
- Antara strategi adalah:
- Menggariskan Teras: Membina Infrastruktur Digital yang Menyokong dalam Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia
- Menubuhkan struktur tadbir urus untuk menetapkan perancangan dasar, melaksana serta memantau inisiatif 4IR dan pendigitalan negara
- Memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri
- Menyelaras peraturan dan perundangan dalam pembangunan infrastruktur digital
- Memperkenalkan undang-undang digital-by-default untuk memudah cara kemasukan pelaburan oleh pihak swasta dan penyediaan infrastruktur rangkaian baharu
- Memperkenalkan perkhidmatan telekomunikasi sebagai utiliti awam di bawah Undang-undang Kecil Bangunan Seragam dan undang-undang lain yang berkaitan
S4. Apakah usaha untuk memperluas ekonomi perkongsian?
Last updated : 05 Oct 2021
Last updated : 05 Oct 2021
- Usaha yang akan diambil adalah:
- Melaksanakan kajian bagi membentuk rangka kawal selia ekonomi perkongsian termasuk ekonomi gig
- Meningkatkan kesedaran dan penglibatan rakyat dalam ekonomi perkongsian
- Menyediakan program latihan kepada penduduk luar bandar melalui kerjasama antara pemain ekonomi perkongsian dan institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET)
- Membantu pemain industri tempatan dalam ekonomi perkongsian bagi mendapatkan akreditasi dan pensijilan piawaian antarabangsa
S5. Apakah usaha untuk membangunkan bakat digital tersedia di masa hadapan?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Usaha yang akan diambil adalah:
- Memacu inisiatif berkaitan pembangunan bakat digital melalui Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara
- Menambah baik pendidikan pada peringkat awal persekolahan untuk menghasilkan bakat tersedia masa hadapan
- Memasukkan pengetahuan berkaitan teknologi baru muncul dalam kurikulum pada peringkat awal persekolahan tanpa mengabaikan elemen akauntabiliti digital, etika serta nilai budaya
- Melatih bakat tempatan dalam bidang teknologi dan penyelesaian digital bagi mengurangkan kebergantungan kepada pakar asing
- Memperluas Program Pembangunan Profesional Berterusan kepada tenaga pengajar TVET
- Memperkukuh program untuk meningkatkan kemahiran dan latihan kemahiran semula bagi tenaga kerja sedia ada
S6. Apakah bidang fokus digital ekonomi?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Bidang fokus adalah:
- Keselamatan siber
- Kandungan digital
- Teknologi kewangan (fintech)
S7. Apakah strategi bagi memperkukuh aspek keselamatan siber?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Antara strategi adalah:
- Melaksanakan Strategi Keselamatan Siber Malaysia untuk mengurus ancaman siber
- Memperkukuh peraturan berkaitan perkongsian data
- Menggalakkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk menerima guna elemen keselamatan siber dan persekitaran digital yang selamat
- Mempergiat usaha untuk memupuk penggunaan platform digital secara beretika
- Membangunkan bakat tempatan untuk meningkatan kepakaran dalam keselamatan siber
S8. Apakah kepentingan ekonomi digital kepada pembangunan ekonomi negara?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Kepentingan ekonomi digital adalah:
- Ekonomi digital adalah salah satu penyumbang kepada pembangunan negara untuk menjadi peneraju industri baharu pada peringkat global
- Rakyat akan mendapat lebih banyak peluang dan faedah
- Malaysia akan menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi yang dipacu oleh pendigitalan
- Malaysia akan menjadi pusat digital ASEAN dengan elemen penyelesaian keselamatan siber, teknologi kewangan dan penghasilan kandungan digital
S9. Apakah strategi untuk meningkatkan penyertaan rakyat dalam ekonomi digital?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Antara strategi adalah:
- Memperluas aktiviti e-dagang kepada kumpulan mudah terjejas
- Melaksanakan program kesedaran ekonomi perkongsian
- Memastikan keyakinan rakyat untuk menyertai ekonomi digital menerusi ekosistem digital yang dipercayai, selamat dan beretika
- Menambah baik tadbir urus digital dengan menggubal dasar perkongsian data untuk membantu dalam proses membuat keputusan dan melindungi privasi data
- Menggubal dasar identiti digital nasional
- Menyemak semula Akta Perlindungan Data Peribadi
S10. Bagaimana pendigitalan dapat membantu dalam pembangunan inklusif?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Antara usaha yang akan diambil adalah:
- Meningkatkan kualiti jalur lebar dan penggunaan peranti digital
- Memastikan harga pakej jalur lebar dan peranti digital yang lebih berpatutan
- Menambah peluang peningkatan kemahiran dan latihan kemahiran semula kepada bakat digital
- Memperkukuh inisiatif untuk mewujudkan perniagaan baharu secara digital
- Melaksanakan aktiviti untuk menggalakkan ekonomi perkongsian
S11. Apakah inisiatif untuk memperkukuhkan keupayaan dan kemampuan penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (R&D&C&I)?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Antara inisiatif adalah:
- Menyelaras bidang keutamaan sains, teknologi dan inovasi nasional.
- Memperkukuh pembiayaan R&D&C&I
- Menjadikan hasil penyelidikan dan pembangunan serta harta intelek sebagai produk yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi
S12. Apakah isu utama untuk menguasai 4IR?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
-
Isu utama adalah:
- Pemikiran yang kurang dipacu oleh inovasi dan keengganan untuk berubah
- Akses yang kurang saksama kepada ketersambungan dan infrastruktur teknologi digital yang berkualiti
- Bakat tersedia berkaitan 4IR yang tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan
- Tadbir urus yang tidak bersepadu antara pelbagai kementerian dan agensi
S13. Apakah usaha untuk memanfaatkan potensi teknologi termaju?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Usaha yang akan diambil adalah:
- Memanfaatkan peluang pertumbuhan ekonomi yang muncul daripada potensi 4IR
- Mewujudkan ekosistem yang kondusif untuk memanfaatkan potensi 4IR
- Membina kepercayaan dan membangunkan masyarakat digital yang inklusif
S14. Mengapa menambah baik ketersambungan digital penting?
Last updated : 30 Sep 2021
Last updated : 30 Sep 2021
- Ketersambungan digital sama ada teknologi tanpa wayar, kabel atau satelit, sangat penting untuk menyokong cara hidup moden. Antara lain, ia akan membolehkan pelaksanaan pekerjaan dan pembelajaran jarak jauh serta e-dagang, terutama yang berkaitan dengan norma baharu.
- Ketersambungan digital yang berkualiti tinggi, cekap dan berpatutan serta persekitaran kawal selia yang baik akan memudah cara perniagaan, seterusnya meningkatkan ekonomi dan kualiti hidup.
S15. Apakah strategi untuk menjajarkan aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (R&D&C&I) ke arah pengkomersialan?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Antara strategi adalah:
- Menyasarkan 50% daripada dana penyelidikan untuk pembangunan eksperimental dengan potensi pengkomersialan yang tinggi
- Memastikan aktiviti R&D&C&I adalah sejajar dengan keutamaan negara melalui penubuhan Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU)
- Menubuhkan pusat sehenti bagi pengkomersialan dan pemindahan teknologi untuk meningkatkan penghasilan teknologi tempatan
- Mempertingkat pelaburan sektor swasta dalam R&D&C&I dan akses kepada pembiayaan alternatif
- Mewujudkan dana endowmen bagi memperoleh sumber kewangan daripada industri, geran sepadan, dana masyarakat dan wakaf
- Mewujudkan lebih ramai bakat tempatan sebagai pembangun dan pencipta teknologi
Bab 12: Memperkukuh Kecekapan
Infrastruktur Pengangkutan
dan Logistik
S1. Apakah isu utama untuk meningkatkan perkongsian mod pengangkutan awam?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Isu utama adalah:
- Ketersambungan batuan awal dan akhir yang kurang cekap
- Prestasi ketepatan masa (OTP) yang rendah dan tempoh perjalanan yang panjang
- Ketiadaan pengurusan bagi keperluan perjalanan yang menyeluruh dalam perkhidmatan pengangkutan awam
- Keengganan masyarakat untuk mengubah tingkah laku daripada menggunakan kenderaan persendirian kepada pengangkutan awam
S2. Apakah cabaran yang dihadapi dalam mewujudkan perkhidmatan pengangkutan dan logistik yang berdaya harap?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Cabaran yang dihadapi adalah:
- Kelemahan ketersambungan batuan akhir ke pelabuhan utama
- Kemudahan di pelabuhan dan lapangan terbang yang tidak mencukupi
- Ketiadaan pangkalan data berpusat
- Penggunaan perkhidmatan rel yang kurang optimum untuk pergerakan kargo
- Prosedur pelepasan kargo yang tidak cekap
- Tadbir urus gudang yang tidak seragam
- Tadbir urus ekonomi maritim yang lemah
S3. Apakah strategi utama bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam sebagai pilihan pertama perjalanan?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
-
Antara strategi utama adalah:
- Membangunkan rangkaian pengangkutan dan jadual perjalanan yang bersepadu
- Memperkenalkan sistem pengangkutan awam alternatif berasaskan komuniti
- Meneruskan tambang dinamik bagi Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan pas tanpa had untuk penumpang rel dan bas
- Mengehadkan ruang parkir dan mengenakan caj parkir yang lebih tinggi
kepada kenderaan persendirian di kawasan yang mempunyai ketersambungan pengangkutan awam yang baik
S4. Apakah inisiatif untuk meningkatkan kecekapan sektor pengangkutan dan logistik?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Antara inisiatif adalah:
- Meningkatkan kapasiti infrastruktur dan perkhidmatan pelabuhan
- Menaik taraf rangkaian rel dan akses jalan raya untuk meningkatkan ketersambungan batuan akhir ke kawasan pelabuhan utama
- Menggalakkan penyedia perkhidmatan untuk mengguna pakai kaedah pergerakan kargo pelbagai mod
- Menaik taraf sistem yang lapuk dan peralatan yang usang bagi sektor penerbangan
- Melaksanakan penyenggaraan pencegahan menggunakan bahan termaju dan teknologi inovatif untuk jalan raya dan jambatan terpilih
S5. Bagaimana peranan Pasukan Petugas Logistik Kebangsaan (NLTF) akan diperkukuh?
Last updated : 28 Sep 2021
Last updated : 28 Sep 2021
- Memperkukuh keupayaan dan kemampuan NLTF.
- Mewujudkan petunjuk prestasi utama untuk NLTF.
- Menggalakkan kerjasama antara agensi dan pemain industri.
S6. Apakah inisiatif utama untuk mentransformasi ekosistem logistik?
Last updated : 29 Sep 2021
Last updated : 29 Sep 2021
- Antara inisiatif utama adalah:
- Memusatkan perancangan dan pembangunan hab logistik
- Mempercepat penerimagunaan teknologi
- Menggalakkan penggabungan dan pengambilalihan dalam kalangan pemain industri
- Mewujudkan agensi tunggal sempadan untuk fasilitasi perdagangan
- Memperkenalkan rangka kerja kawal selia nasional bagi pergudangan dan ekonomi maritim