Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

  • Selamat datang ke portal rasmi Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025 (RMKe-12) di bawah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU). Portal ini telah dibangunkan bertujuan untuk memberi makluman, kesedaran, dan meningkatkan minat serta penerimaan rakyat terhadap kandungan dokumen RMKe-12. Pengguna berupaya melayari portal ini dan mendapatkan maklumat berkaitan RMKe-12 melalui kaedah capaian yang ringkas dan bersifat mesra pengguna.

  • Penyediaan RMKe-12 yang telah bermula pada 16 April 2019 adalah yang paling mencabar berbanding rancangan pembangunan lima tahun sebelum ini akibat daripada pandemik COVID-19. Sesi libat urus yang meluas telah diadakan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk kementerian, kerajaan negeri, sektor swasta dan pertubuhan masyarakat sivil dalam merangka RMKe-12. Selain itu, EPU juga telah menerima sebanyak 593 maklum balas awam yang telah disalurkan melalui dalam talian bermula pada 5 November 2019 hingga 3 Disember 2020. Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih di atas maklum balas yang telah dikemukakan kepada kami.
  • Akhir kata, saya berharap agar portal ini akan menjadi nadi maklumat RMKe-12 kepada seluruh rakyat. Marilah kita sama-sama membina semula ekonomi yang berdaya tahan dan berdaya saing.

  • Salam hormat,
    YB DATO' SRI MUSTAPA MOHAMED
    MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (EKONOMI)