Kick-Off Conference KSP RMKe-12 telah dilaksanakan pada 6 Disember 2022 di The Everly Hotel, Putrajaya dengan kerjasama pihak World Bank Malaysia. Program ini akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Ekonomi dan dihadiri oleh warga Kementerian EKonomi, serta wakil-wakil kementerian dan agensi berkaitan.

Antara objektif pelaksanaan Kick-Off Conference ini adalah seperti berikut :

  1. Menjadi platform untuk semua pakar dan pihak berkepentingan berkongsi idea, berkaitan cabaran dan hala tuju dalam melaksanakan pelan pembangunan RMKe-12; dan

  2. Menjadi platform kepada penggubal dan pelaksana dasar untuk mendapatkan maklumat dan pengalaman daripada pakar tempatan dan antarabangsa bagi membantu penyediaan KSP RMKe-12.

Pelaksanaan majlis ini adalah sejajar dengan matlamat penyediaan KSP RMKe-12 sebagai dokumen penting yang mengenal pasti cabaran yang dihadapi dan pencapaian yang dikecapi sepanjang pelaksanaan separuh penggal RMKe-12. Kejayaan penyediaan KSP RMKe-12 ini, diharap dapat menggariskan pelan penambahbaikan bagi baki tempoh pelaksanaan RMKe-12 dan seterusnya mencapai matlamat ke arah negara makmur, inklusif dan mampan.