Mengenai KSP RMKe-12
Penyediaan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (KSP RMKe-12), 2021-2025
RMKe-12 yang bertemakan "Malaysia Makmur, lnklusif, Mampan" merupakan fasa pelengkap rancangan pembangunan lima tahun negara ke arah mencapai status negara maju dan inklusif. Justeru, KSP RMKe-12 perlu disediakan kerana Malaysia telah melalui cabaran-cabaran getir yang menjejaskan aspirasi RMKe-12. Cabaran turut merangkumi kemelut ekonomi dan politik global seperti kemelut peperangan Rusia-Ukraine dan kemelesetan ekonomi dunia serta keperluan pendekatan baharu bagi mendepani cabaran pasca pandemik COVID-19.
Penyediaan KSP RMKe-12 adalah bagi mengukur pencapaian sasaran bagi tempoh dua tahun pertama dan merangkumi kajian semula sasaran, strategi, inisiatif, program dan projek pembangunan bagi mencapai matlamat pembangunan serta pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan. KSP RMKe-12 akan memberi tumpuan kepada dua aspek utama. Pertama, aspek penilaian dan semakan semula yang meliputi pencapaian, analisa jurang, cadangan penambahbaikan dan hala tuju. Kedua, penekanan kepada aspek kecekapan pelaksanaan program dan projek pembangunan mengambil iktibar daripada pengalaman pelaksanaan projek-projek pembangunan pada tahun 2021 dan 2022.
Kerjasama dan penglibatan aktif semua pihak yang berkepentingan terutamanya kementerian, jabatan, agensi kerajaan, kerajaan negeri dan pandangan awam adalah amat diperlukan. Kerjasama ini adalah bagi memastikan penyediaan KSP RMKe-12 berjalan lancar dan mencapai matlamat penyediaannya. Justeru, kementerian, jabatan, agensi, badan berkanun Persekutuan serta pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi sama ada dalam perancangan dan pelaksanaan projek serta program pembangunan yang telah diluluskan. Hal ini penting bagi memastikan projek dan program dilaksanakan mengikut jadual dan menepati outcome serta objektif yang telah ditetapkan seterusnya menjamin nilai wang yang optimum.
Mesyuarat Kumpulan Perancang Antara Agensi (IAPG), Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) dan
Kumpulan Fokus telah digerakkan bermula pada September 2022. Keanggotaan IAPG di peringkat
kementerian dan jabatan hendaklah diwakili sekurang-kurangnya oleh pegawai di peringkat
Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan di kementerian/jabatan masing-masing.
Jadual Kerja Penyediaan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (KSP RMKe-12), 2021-2025
Bil. | Aktiviti | Tempoh |
1. | Mesyuarat IAPG, TWG & FGD (perbincangan dengan pihak awam, swasta & NGO) | September - November 2022 |
2. | Pekeliling bagi KSP RMKe-12 | Oktober - Disember 2022 |
3. | Kick-Off Conference KSP | Disember 2022 |
4. | Penyediaan Bab Dokumen Utama KSP RMKe-12 | Oktober 2022 - April 2023 |
5. | Memorandum Jemaah Menteri mengenai KSP RMKe-12 (Dokumen Penuh) | Julai 2023 |
6. | Pembentangan kepada Ahli Parlimen | Julai - Ogos 2023 |
7. | Pembentangan KSP RMKe-12 di Parlimen (Dewan Rakyat & Dewan Negara) | September - Oktober 2023 |
Garis Panduan:
Bil. | Tajuk | Dokumen |
1. | Garis Panduan Penyediaan KSP RMKe-12 dan Permohonan Projek Pembangunan Tahun 2024-2025 | Muat Turun |